WELCOME TO MY HOT & COOL PAGES!

THANKS 4 READING..........MUAHHHH3...

10 cara mcari pasangan CHENTA



Terimalah kenyataan tentang diri anda dan pasangan seadanya. Jangan hidup dalam kepura-puraan, hiduplah dalam dunia realistic. Jangan mengharap pasangan anda terlalu sempurna dan jangan sesekali menyamakan pasangan anda dengan orang lain semata-mata untuk mengambil hatinya.





BERTERUS TERANG DENGAN PASANGAN
Awas! Jangan suka menilai atau membuat tanggapan sendiri tentang diri dan perasaan pasangan anda. Biasanya tanggapan anda terhadap pasangan adalah salah satu kurang tepat. Sebaik-baiknya selami hati dan perasaan pasangan anda. Amalkan sikap berterus-terang antara satu sama lain dan jangan suka memendam perasaan.Sebaliknya anda perlu menunjukkan perasaan sebenar anda untuk kebahagiaan bersama. Menjalani kehidupan bersama pasangan pastinya lebih bermakna jika anda berdua sering menghabiskan masa-masa gembira dan duka bersama-sama.

Oleh itu bermula dari hari ini, ubah kebiasaan hidup anda. Pastikan anda melakukan segala aktiviti bersama pasangan untuk mengeratkan kemesraan dan menambahkan lagi kefahaman antara satu sama lain. Jika pasangan anda gemar menonton teater, jangan biarkan si dia pergi bersendirian. Jika si dia gemar membeli belah, jangan biarkan si dia menghabiskan masa gembiranya bersama teman-teman atau anak-anak. Sertai pasangan anda dan cintai aktiviti kegemarannya atau setidak-tidaknya tunjukkan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi


FAHAM MEMAHAMI DAN BERTOLAK ANSUR
Sikap faham memahami dan bertolak-ansur amat penting dalam sesebuah ikatan suami isteri.Tanpa dua ciri penting ini, sudah pasti ikatan suami isteri mudah goyah keranan hubungan antara suami isteri sentiasa dibelenggu kemarahan, rasa tidak puas hati dan dendam yang tidak sudah. Terimalah kelemahan dan kekurangan pasangan anda. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sebaliknya fikirkan jua kepentingan dan kebahagiaan pasangan anda. Jika pasangan anda bahagia sudah pasti anda juga turut menerima tempias kebahagiaannya


TUNJUKKAN CINTA BUAT SI DIA
Belikan minyak wangi, seutas jam tangan, sejambak bunga atau coklat untuk si dia. Atau sesekali masakkan menu istimewa buat pasangan anda untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang mendalam anda terhadapnya. Anda tidak perlu menunggu hari-hari tertentu seperti hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan utuk melakukan kejutan buat pasangan anda kerana dengan cara sebegini pasangan anda pasti akan merasa terharu dan disayangi


HORMAT ANTARA SATU SAMA LAIN
Berhenti daripada tabiat menyindir pasangan anda.Usah memperkecilkan rambut isteri anda semata-mata untuk menyakitkan hati dan perasaannya atau hanya bermaksud untuk mengusiknya. Sebelum berkata sesuatu, tanya diri sendiri apakah pasangan anda dapat menerima kata-kata anda dengan hati terbuka atau sebaliknya. Belajarlah menghormati pasangan anda dengan menerima segala kelemahan dan kekurangannya dan tidak menjadikan ia sebagai satu bahan jenaka mahupun sindirian


LUPAKAN PERISTIWA LALU
Jangan suka mengungkit tentang masa silam pasangan anda. jangan sesekali bercerita tentang keseronokan kisah cinta anda dengan bekas kekasih lama. Sikap anda hanya akan mengguris perasaan pasangan dan ia juga. boleh menyebabkan kekeliruan berlaku. Mungkin pasangan anda beranggapan anda masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih atau lebih teruk si dia menganggap anda untuk menyambung kembali hubungan yang telah terputus


BUANG SIKAP CEMBURU
Cemburu memang perlu dalam sesebuah perhubungan, tetapi jika keterlaluan ia akan menyusahkan pasangan dan akan menghancurkan sesebuah rumah tangga. Kalau anda sering menyelongkar barang-barang milik pasangan, mencuri baca diari atau pesanan ringkas telefon bimbit pasangan, anda perlu hentikan segera tabiat buruk ini. Ingatlah sikap cemburu membabi buta boleh meracuni kebahagiaan rumah tangga anda berdua. Beri kepercayaan penuh kepada pasangan anda dan sentiasa berfikiran positif.


TUNJUKKAN KOMITMEN ANDA PADA PASANGAN
Pastikan pasangan anda menjadi keutamaan dalam hidup anda. Jangan sesekali mengecewakan pasangan anda dalam apa jua situasi. Ttunjukkan komitmen anda terhadap pasangan dan pastikan anda sentiasa berada di sisinya di saat si dia berada di dalam kesusahan mahupun kesenangan


JUJUR
Kejujuran mampu mewujudkan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga. Bercakap benar lebih baik daripada membohongi perassan pasangan anda semata-mata untuk menyedapkan hatinya. Jika anda membohongi pasangan anda, keseronokan yang dirasainya hanyalah sementara sebaliknya apabila tembelang anda pecah, pasangan anda akan menderita seumur hidupnya.Anda perlu jujur pada diri anda terlebih dahulu dan seterusnya anda juga perlu jujur terhadap pasangan anda. insya-Allah..












                             LOVE 
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

ZON LUCU :))




TELUR REBUS

Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahajasebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.








Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu denganmeninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..








Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka,Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku puntahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. 


Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh legarasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satudas lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalahmacam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... 


PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terusmelopong... ALAMAK!!! 


Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos akudengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku punjawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.:habih :.


TUKANG JUAL


Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor 
atau Tampin?

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan 
yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang





Ujikaji

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu 
dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman
 keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari 
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai contoh kehidupan 
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan
cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan
saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing 

yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, 

cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di 
dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek 
lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya
 memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.


"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang
cikgu tunjukkan sebentar tadi??"


Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...




Gembala Kambing

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat di pastikan namanya.
Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai.
 Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan 

dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja 
negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk
 di negara tu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, 

dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, 
raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. 
Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.

Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat

 dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang 

ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa
 lagi yang berani menyahut cabaran itu.

Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala 

kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah 
soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing
 pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.

Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing 

menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan 
menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! 
Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan 

tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.
Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan 
pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, 
lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan
 kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan
 telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan

Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu 

mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan
 perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab 

dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah
 kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallahilahaillallah...) 
Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana
 sambungannya, (wa asyhaduannamuhammadarrasullullah). "

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala 

kambing memberi jawapan, lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, 
maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari,
 sebab rukun iman ada enam. "

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab 

penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan
 pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya
 dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. "

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? 

Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan 
akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. " Raja tersenyum
 gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.

Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan

 ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan ahsia gembala kambing
 tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala ambing pun bercerita...

" Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong tu. 

Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi amba menjawab,
 dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia ak lagi dua pulak! Nak empat
 la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun oleh.

Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi 

enam pada dia. " Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.
 Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang 
kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba
 ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!

Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun ampu...

 walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan 
nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... "

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.

Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar 

dan dihina, Islam akan tetap terbela..


Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin,pemilik restoran itu juga 
berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.


"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu
 kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya.
 Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya

 kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan
 pais dan sayur masak asam bang".... Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan
 lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut.
 Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu 
bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan
 sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu

 dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam
 bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan. "

Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut. Lelaki buta itu 

untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal
 ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas 
diguna yang boleh diberikan untuk dihidu.

Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri

 isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur. Diberikannya satu sudu dan
 berkata, "Yati, garu ketiak kamu" "Apa-apalah abang ni ?" tanya Yati tak faham. 
"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setelah memaksa. 
Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali 
kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta melakukan

 seperti biasa dan berkata,........ "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini
..........boleh saya jumpa dia" Amin: ???????????

tang... tang...tang.. Sesungguhnya Cinta itu Butaaaa.......... "




Cerita Sedih

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian
 Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar 

nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang

 comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya
tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat
jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata
dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya

 semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk 
segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda
 Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan 
dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan
 isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."


"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." 

Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa

 was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong

 bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad 

terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus 
membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak 
yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? 

Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" 
Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. 
Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia
 tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.


PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. 

Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja 

pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi 
senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!"
 emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan.
Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "

hahahahaha.......




Cerita Lawak Pendek

Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia. 
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk. 
Man: Wow! Bapa kau keja apa? 
Ali: Tukang gunting rambut. 

Bahasa Inggeris 

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah? 
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat

 bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang 
dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan. 

Sudu 

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari. 
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor. 
Doktor: Kenapa? 
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer. 

Mayat 

Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah.

 Ali ternampak mayat.' 
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah. 

Tiru 

Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam. 
Bapa: Apa bukti awak? 
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis

 "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu". 

Makan 

cA: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je? 
cB: kau makan ape? 
cA: makan angin...............................




Ketawa Pengubat Stress

i. Loghat Utara vs Pantai Timur

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara
loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati 

emaknya tiada.

Loghat Utara:
Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak.

Loghat Pantai Timur (kelate):
Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok.

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada 

memang munasabahlah!

ii. Katil Maut


Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian 

pelik..Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat
 pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat
 membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...


Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk 

mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika
 seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doctor memegang Yassin dan
 Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..


Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba... ... 

Pintu bilik ICU itu terbuka... . Kemudian masuklah Makcik Bedah... Seorang pekerja 
sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..Masuk... mendekati 
katil keramat tersebut... dan terus mencabut... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan
 agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya...

iii. Adlin Aman Ramli – Saksi ke 3

Di sebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan

 (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :
Kadi : Hassan...
Pengantin Lelaki : Saya ustaz...
Kadi : Dengar baik2x ya Hassan... ."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan 

dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"
Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnya si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya 

RM 80 tunaiiii"
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)
Saksi Pertama : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)
Saksi Kedua : Sah
Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)
Saksi Ketiga : errrrr... .lontaran suara awak tidak jelas... saya tak dengar apa 

yg awak cakap... . pitching berterabur ke laut... keluar acuan terus, jiwa awak kosong...
 takde feel... . low note tak sampai, high note awak pulak... takde kawalan.. sepatutnyaa 
ditahan... kasi sustain... falseto lemah... improvisation R&B awak tak menjadi... 
burok benor bunyinyee... teknik ramify pun tak mantap... bunyi macam orang nak berak jerr... . 
satu jer yg saya suka... awak ade ciri2x seorang pesona bintang! awak boleh lebih berjaya
 sekiranya melakukan yg lebih terbaik!!!


vi. Pertunjukan Lawak

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh 

dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota 
kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri

 seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini 
membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut

 sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar," jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih 

tak berpuashati

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? "




Belajar Mengira

Seorang Guru Tadika bertanya kepada anak muridnya...
Guru : "Siapa didalam kelas ini yang mengenal nombor?"
Razif : "Saya Cikgu"
Guru : "Apa betul awak kenal nombor-nombor?"
Razif : "Ya Cikgu.. Saya telah belajar dengan ayah"
Guru : "Baiklah.. mari kita lihat...selepas 3.. berapa?"
Razif : "4"
Guru : "Bagus... Selepas 6?"
Razif : "7"
Guru : "Ya.. Bagus.. selepas 9?"
Razif : "10"
Guru : "Ya.. Bagus sekali... nampaknya ayahmu benar-benar mengambil berat

 tentang pelajaran kamu.. Okeylah.. Akhir sekali.. selepas sepuluh..berapa?"
Razif : "Jack, Queen, & King"




Banding -beza perempuan lawa dan tidak

"Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi
betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman
nih...kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak
huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg
diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang
diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki
tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh
kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang
harus menyayangi...

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya
tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas
lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy
forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak
tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk
ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring




KISAH 3 ORANG KAWAN DENGAN JIN

Pada satu zaman dahulu kala, ada 3 orang sahabat baik. Mereka selalu berkepit kemana saja. 
Tapi ketiga-tiga mereka mempunyai kegemaran berlainan. Si A suka main segala jenis dadah
, si B pula suka minum segala jenis arak dan manakala si C pula suka segala jenis rokok dan 
benda-benda yang berasap.

Satu hari ketiga-tiga sahabat ini berjalan-jalan ditengah-tengah padang pasir. Tiba-tiba

 ketiga-tiga mereka terjumpa dengan sebuah cerek (macam cerita Aladdin). 
Lalu salah seorang mengutipnya lalu menggosok-gosok cerek tersebut. Tak semena-mena 
keluar asap berkepul -kepul dari corong cerek tersebut dan asap tersebut perlahan bertukar 
menjadi satu makluk yang menggerunkan iaitu seekor Jin yang ganas.

Lalu jin tersebut ketawa dan berkata "Ha ha ha, Akulah jin aferit. Oleh kerana 

kamu telah membebaskan aku dari cerek itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan
 setiap satu dari kamu." Tiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi 
gembira lalu termenung berfikirkan peluang dan kemahuan masing-masing yang 
mungkin sekali seumur hidup. Lalu tiap-tiap mereka memilih kemahuan mengikut 
kegemaran masing-masing.

Berkata si A, "Aku mahu seberapa banyak dadah yang terbaik dari seluruh dunia dan 

letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun" Puffff, 
dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si A. Berkata si B "Aku mahu
 semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekalan selama sepuluh tahun dan letakkan 
dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun". Puffff, dengan 
sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C "Aku mahu semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekalan selama

 sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama
 10 tahun" . Puffff, dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si C.
Setelah genap 10 tahun, maka Jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua 

masing seperti mana yang di janjikan. Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A,
 bila terbuka saja maka keluarlah si A dengan keadaan kurus melidi, berdiri pun tak boleh
 kerana tak larat nak gerak badan sebab hari-hari projek. Tiba-tiba si A pun jatuh ketanah lalu 
mati.

Selepas itu Jin tersebut pergi ke gua si B, sebaik sahaja pintu dibuka, maka keluar si B 

dengan perut yang tersangat buncit kerana hari-hari mabuk. Jalan pun terhuyung-hayang. 
Tiba-tiba si B pun jatuh ketanah lalu mati.

Maka Jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba-tiba si C keluar dengan keadaan

 sihat seperti sedia kala dan terus menampar si Jin sambil memaki hamun si 
Jin dengan berkata..............
"BODOH PUNYA JIN, CELAKA PUNYA JIN, BARUA PUNYA JIN. BAGI AKU ROKOK TAK BAGI API."
10 tahun aku tunggu tak buat apa apa
.


Babai Mak

Suatu petang di sebuah 'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah berjalan di 
bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan
 tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. Lelaki muda
 itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya
 dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya.

Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan. LepaS
mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju

 ke kaunter untuk membayar barang-barangnye tetapi di pertengahan jalan perempuan
 tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya. "maafkan mak cik nak!!" kata
 perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa ngan pandangan 
mak cik tadi. Mak cik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak 
makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah
 dia paham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian dihati lelaki 
itu.

"Oh, begitu ke ceritanya mak cik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?

"tanya lelaki muda itu. "Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan"
 kata perempuan itu. "... bila mak cik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan 
cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu mak cik jika anak dapat tolong sebab arwah anak 
makcik selalu buat macam tuh pada makcik". "Oh boleh... takde masalah,"kata lelaki muda tu.
 Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua
 itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda
 itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai…mak!!!!".

Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati
yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar
barang-barangnya.

"Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki 

tu mendengar kata-kata cashier tuh. "Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli 
barang sikit jer macamana plak sampai seratus lebih ni?" Tanya lelaki itu. "Habis tu 
mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tu…..


"Haah???????!!!!"....







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS