WELCOME TO MY HOT & COOL PAGES!

THANKS 4 READING..........MUAHHHH3...

si BINTIK


Semua hidupan di Tasik Jernih hidup gembira dan saling membantu, kecuali seekor anak sang katak, iaitu si bintik yang angkuh dan tidak suka bergaul dengan penghuni tasik yang lain.

        Pada suatu hari, Tasik Jernih ini didatangi Sang Ular yang licik dan jahat. Sang Ular sentiasa mengganggu ketenteraman dan mengancam keselamatan penghuni tasik menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan. 

        Pada suatu petang, penghuni Tasik Jernih mengadakan mesyuarat untuk membincangkan cara menentang Sang Ular. Ibu bapa Si Bintik yang bimbang akan keselamatannya mengajak Si Bintik menghadiri mesyuarat tersebut tetapi Si Bintik berkata,"Itu bukan urusan saya. Saya tidak mahu pergi!"

        Ibu bapanya memujuk lagi, namun Si Bintik tetap berdegil. Ibu bapanya terpaksa meninggalkannya. Si Bintik tinggal seorang diri di rumah. 


        Si Bintik berasa gembira kerana bebas daripada mendengar nasihat dan leteran ibu bapanya. Tidak lama kemudian, Si Bintik terdengar bunyi ketukan di pintu rumahnya. Dia menyangka jirannya datang hendak mengajaknya untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Si Bintikamat marah lalu membuka pintu dan berkata, "Saya kata tak nak pergi tak nak pergilah. Jangan ganggu saya"........


        Sebelum sempat menghabiskan kata-kata, Sang Ular pun terus merempuh masuk ke dalam rumahnya. Si Bintik amat takut dan menjerit sekuat-kuatnya untuk meminta pertolongan. Penghuni tasik yang sedang bermesyuarat di kawasan berdekatan terdengar jeritannya lalu datang menolong. Sang Ular dapat ditewaskan. Si Bintik terselamat.


        Si Bintik berasa menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibu bapanya. Mulai hari itu, Si Bintik mentaati segala asuhan dan didikan ibu bapanya. Dia telah bergaul mesra serta sentiasa membantu penghuni tasik yang lain. Dia berasa bahagia kerana mempunyai ibu bapa yang sentiasa mengambil berat dan memberikan kasih sayang kepadanya.    

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "si BINTIK"

Post a Comment