WELCOME TO MY HOT & COOL PAGES!

THANKS 4 READING..........MUAHHHH3...

pbezaaN chenTa dan seRasi


Salah satu alasan paling umum mengapa kita berkahwin adalah kerana cinta 
– cinta romantik, bukan cinta monyet, yang biasa 




kita alami sebagai permulaan 
ke perkahwinan. Cintalah yang meyakinkan kitauntuk melangkah bersama 
masuk ke mahligai perkahwinan. 

Masalahnya adalah, walaupun cinta 
merupakan suatu daya yang sangat kuat untuk menarik dua individu, namun 
ia tidak cukup kuat untuk mengeratkan kedua-duanya. Semakin hari semakin bertambah keyakinan Moy bahawa yang diperlukan untuk  mengeratkan kita dengan pasangan kita adalah keserasian, bukan cinta.
 
Cinta biasanya mengandungi satu komponen yang umum iaitu rasa suka. Rasa 
suka muncul kerana kita menemukan yang kita sukai pada dirinya. Serasi 
dan suka bukan identiti namun sering dianggap demikian. Tatkala kita 
mencintai seseorang, sebenarnya kita terlebih dahulu menyukainya, dalam 
pengertian kita suka dengan ciri tertentu pada dirinya. 

Rasa suka yang besar (yang akhirnya berpuncak pada cinta) akan menutupi rasa tidak 
suka yang lebih kecil dan -- ini yang penting -- cenderung menghalau 
ketidakserasian yang ada di antara kita. Di sinilah terletak masalah awal. Ini yang sering kali terjadi dalam masa bercinta. 

Rasa suka meniup pergi ketidakserasian di antara kita, bahkan pada akhirnya kita 
beranggapan atau berkhayal bahawa rasa suka itu identiti dengan keserasian. 
Kita kadang berfikir atau berharap, "Saya menyukainya, bererti saya 
(akan) serasi dengannya." Salah besar! Suka tidak sama dengan serasi; 
cinta tidak berkaitan dengan serasi!

 Oleh itu, kita mungkin mencintai seseorang yang sama sekali tidak serasi dengan kita. 
Pada waktu Tuhan menciptakan Hawa untuk menjadi isteri Adam, Ia 
menetapkan satu kriteria yang khusus dan ini hanya ada pada penciptaan isteri manusia, yakni, "Aku akan menjadikan penolong baginya, yang sepadan dengan dia." (Kejadian 2:18). Kata "sepadan" dapat kita ganti dengan kata "cocok." Tuhan tidak hanya menciptakan seorang wanita buat Adam yang dapat dicintainya, Ia sengaja menciptakan seorang wanita yang serasi untuk Adam. Tuhan tahu bahwa untuk dua manusia bisa hidup bersama mereka harus serasi. 

Menarik sekali bahwa Tuhan tidak mengagungkan cinta (romantik) sebagai 
prasyarat pernikahan. Tuhan sudah memberi kita petunjuk bahwa yang 
terpenting bagi suami dan istri adalah keserasian. Ironinya adalah, 
kita telah menggeser hal esensial yang Tuhan tunjukkan kepada kita 
dengan cara mengganti kata "serasi" dengan kata "cinta." Tuhan 
menginginkan yang terbaik bagi kita; itulah sebabnya Ia telah 
menyingkapkan hikmat-Nya kepada kita. 

Sudah tentu cinta penting, namun yang terlebih penting ialah, apakah ia serasi denganku? Moy teringat ucapan Norman Wright, seorang pakar keluarga di Amerika Syarikat, yang mengeluhkan bahawa dewasa ini orang lebih banyak mencurahkan waktu untuk menyiapkan diri memperoleh ijazah dibanding dengan mempersiapkan diri untuk memilih pasangan hidup. moy kira kita telah termakan oleh motto, 

"Cinta adalah segalanya," dan melupakan fakta di lapangan bahawa cinta (romantik) 
bukan segalanya.   

Jadi, kesimpulannya ialah, cintailah yang serasi dengan kita! 
 
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "pbezaaN chenTa dan seRasi"

Post a Comment