WELCOME TO MY HOT & COOL PAGES!

THANKS 4 READING..........MUAHHHH3...

Koleksi jenaka TaHap siyoot!!

::pak pandir:motosikal dan kereta::
  
Pak Pandir menternak itik. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.

Ketika Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, Pak Kadok pun menegur, “Oi… Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat.”

Pak Pandir menjawab, “biar berjimat, habiskan dulu satu persatu.”

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, “Hei… kenapa belum jalan?”

“Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik,” jawabnya.

kwang... kwang...

Setelah setahun, usaha ternakan itiknya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri.



“Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?” tanya polis.

“Aduh… lupa la Datuk. Saya biasa naik motorsikal.”

kwang... kwang...



::hanYa di Malaysia::


::hanya di Malaysia jugak!!::



http://maxx.my/image/ragam-1.jpg

http://maxx.my/image/ragam-2.jpg

http://maxx.my/image/ragam-3.jpg

http://maxx.my/image/ragam-4.jpg

http://maxx.my/image/ragam-5.jpg

http://maxx.my/image/ragam-6.jpg

http://maxx.my/image/ragam-7.jpg

http://maxx.my/image/ragam-8.jpg

http://maxx.my/image/ragam-9.jpg

http://maxx.my/image/ragam-10.jpg

http://maxx.my/image/ragam-11.jpg

http://maxx.my/image/ragam-12.jpg

http://maxx.my/image/ragam-13.jpg

http://maxx.my/image/ragam-14.jpg

 ::tolong isteri??::
farid masuk ke dalam pejabatnya dengan muka yang sedih , sambil berkata
"Bos,isteri saya nak bersihkan rumah esok.Jadi,isteri saya minta tolong saya bersihkan garaj, dan buang barang-barang yang dah tak pakai."

Belum sempat membalas Farid meyembung ayat, Bosnya sudah membalas

"kita kekurangan tenaga kerja. saya tak boleh beri kamu cuti."

Bila mendengar jawapan itu, Farid terus tersenyum lebar.

"Terima kasih bos, saya tahu saya boleh harapkan bos."

Farid terus memeluk bosnya dengan penuh gembira.

Bos:????? 



::pengurus pekerja dan lampu ajaiB::
Seorang pengurus bersama dua orang pekerja bawahannya sedang dalam perjalanan untuk makan tengah hari. Ketika dalam perjalanan, mereka terjumpa sebuah lampu antik. Terpengaruh dengan cerita-cerita dongeng mengenai lampu ajaib, si pengurus pun menggosok lampu tersebut dan menjelmalah seekor jin..

Jin: Terima kasih kerana telah membebaskan aku daripada lampu ini. Untuk itu aku akan kabulkan satu permintaan setiap daripada kamu. Ingat! satu permintaan sahaja.

Maka, dengan tidak sabar-sabar salah seorang pekerja itupun berkata:

Aku dulu... Aku ingin berada di Bahamas menaiki bot laju tanpa perlu memikirkan masalah kerja...

Bling! Pekerja itupun hilang dan berada di Bahamas dengan bot lajunya.

Kemudian, giliran pekerja kedua pula meminta dengan penuh perasaan tidak sabar.

Aku mahu berada di Hawaii, berehat di tepi laut dan dikelilingi oleh perempuan cantik.

Bling! dia pun turut hilang dan berada di Hawaii..

Melihatkan si pengurus masih berdiam diri tanpa apa-apa permintaan. Si jin pun bertanya:

Apakah kamu tidak mempunyai permintaan ?

Pengurus : Ada.. Aku mahu kedua-dua orang pekerjaku tadi berada di dalam pejabat selepas tamat waktu rehat....

Moral daripada cerita: Biar pengurus membuat permintaan terlebih dahulu.



::sorang jer??::
Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab..

"Okey.. boleh saja...!"

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...

"... Saya adalah penjaga gol!"



::sosej dan lembu::
Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, x pernah lulus, akhirnya bapak dia dah x sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa x best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia ckp dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau x, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej x payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...



::harimau paling beso+bahaye::


TUARAN, SABAH 26 MEI 1989 : Hasil penyelidikan dan kajian selama berbulan-bulan oleh sekumpulan penyelidik haiwan dari Universiti Malaya di hutan sekitar kawasan pedalaman Sabah bagi mengesan harimau misteri yang sering menggangu penduduk setempat telah berjaya menemukan spesis harimau yang terbesar dan merbahaya pernah dijumai di dunia. Haiwan itu yg berketinggian hampir 4 meter dan dikatakan lebih tinggi dan merbahaya dari harimau pra-sejarah iaitu Sabre-tooth Tiger yang sering dijumpai di sekitar kawasan sejuk seperti di kawasan utara Kanada pada zaman pra-sejarah.

Sebelum ini, sejak 5 tahun lalu terdapat banyak laporan kehilangan haiwan ternakan di kawasan perkampungan Tuaran itu yang menyebabkan pekebun dan petani di kawasan itu takut untuk keluar berkebun dan menjalani kehidupan seharian.Ketua Biro Pertanian dan Ternakan JKK Kampung Panching, Deraman Abdullah, 60, berkata, sebelum itu, seekor lembu betina menjadi mangsa harimau yang dipercayai datang dari hutan bersebelahan ladang berkenaan.

Katanya, ancaman harimau belang itu yang berlaku sejak lebih lima tahun lalu menjadi lebih serius sejak kebelakangan ini.Kejadian terbaru berlaku Khamis lalu apabila tiga lembu hilang juga dipercayai dibaham harimau berkenaan.

Dalam pada itu,komen pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah yang ditemui berkata "Daripada saiz tapak kaki yang besar dan menakutkan itu, saya yakin harimau belang yang mengganas ini sebesar anak gajah dan bergerak secara sendirian mungkin selepas berpisah dengan ibunya. ini berpandukan kesan jejakan nya yang mendalam dan terbenam dan agak pelik perilakunye seperti yang dilaporkan penduduk tempatan. Jadi kami memanggil penyelidik haiwan dari Universiti Malaya ini."

Dan akhirnya harimau misteri dan mengganas hampir 5tahun ini akhirnya berjaya ditangkap oleh penyelidik-penyelidik ini dan didapati harimau ini merupakan spesis yang belum dikenalpasti lagi dan dikatakan hampir pupus. Spesis terbaru ini yang akhirnya diberi nama 'cikjahtomau' oleh pasukan penyelidik ini berjaya dipindahkan ke Zoo Melaka dan bakal menjadi tontonan umum.


Gambar harimau misteri yang ditangkap ketika dipamerkan di Zoo Melaka:






::pak Ali bukannya TAMAK::
Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"



::duda n janda::
Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg
dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar... Berdekatan rumah nya itu ada
seorang janda yang juga agak berumur dan juga
tinggal seorg... Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga
berhubung kala kesunyian... .Suatu hari..di petang yang redup... si duda
duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si
janda... Si janda perasan dan datang menegur si duda... "Pak Uda oii..ape
yang di menungkan nye tu... "... Si duda menunduk seketika..lalu menjawab
"..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.."...
Berkerut dahi si janda... kerana kelihatan serius pulak si duda tu...

"ape nyer ..serius je bunyi nyer.." ... Si duda merenung si janda... lalu
dengan kekuatan yang ade die berkata... "Aku ni kepingin nk berbinikan ko...
ko sudi tk?.."... Si janda tersenyum..dan diam
seketika ..lalu si janda menjawab "Erm... sudi... "... Setelah berborak
seketika... si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah
menjelang senja...

Pada malam itu..si duda gelisah... dia tidak ingat jawapan yand diberikan si
janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak... yelah dah tue... memori
pendek sket... Setelah berfikir sejenak... si duda
tidak jugak mendapat jawapan... lalu terpksalah die bertanya sekali lagi
kepada si janda... Si duda mendail no telepon si janda..nk dtg umah tk molek
plk dah malam2 cmni...

"Helo... mak jan..pak uda di sini... aku ingin bertnya... almaklum dah tua
mudah lupa... ptg tdi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan
aku..apakah yang ko jawab.."... Mendengar suara si
duda..si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati...
selamat!! Nasib baik ko telepon aku ..Pak Uda... "...
si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertnya...

"Kenapa...?? "...
Dan si janda menjawab..
"Aku pun lupe spe yang ajak aku kawin ptg tadi"



::ibu larang anak pakai tudung?::
Seorang pemuda baru saja baru sahaja pulang kerumah. Ia sendirian di biliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru. Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2 meletihkan.

Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja.

Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua dengan anaknya.

Anak : Ibu..
Ibu : Hmmm ?

Anak : BU !
Ibu : APA ?
Anak : Mmm, anu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah... Ibu dengarlah ni !

Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasuk kan benang ke jarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah nak rabun...

Anak : Bu !
Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?

Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal tudung. Katanya pakai tudung itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya mau pakai tudung. Boleh tak Bu..?

Ibu : Jangan ...
Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu. Boleh ya, saya mau pakai tudung ?
Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...

Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai tudung kerana kerana kita orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu...? Bolehlah bu..

Ibu : TIDAK !
Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai tudung? Kata Ustaz, tudung itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.

Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !

Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai tudung. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua,kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.

Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!
Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI TUDUNG. MUKTAMAD!

Ibu : JANGAN !
Anak : TUDUNG !

Ibu : JANGAN !
Anak : TUDUNG !!

Ibu : J A N G A N !!!
Anak : T U DU N G !!!!

Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk .... namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...

Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI.....
Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu ..dengan langkah yang longlai..



::gamba2 pelik n lucu :P ::


Terkejut


http://maxx.my/image/terkejut.jpg


Di halaman utama akhbar esok


http://maxx.my/image/muka-utama.jpg


Tiru la kalau boleh


http://maxx.my/image/pelik1.jpg


Juruelektrik bertauliah


http://maxx.my/image/juruelektrik.jpg


Juruelektrik yang seksi


http://maxx.my/image/juruelektrik2.jpg


Nak cium sangat.. Amik ko..


http://maxx.my/image/com-montot.jpg


Komputer mudah alih


http://maxx.my/image/komputer-mudah-alih.jpg


Keretapi di India - Zaman bas mini kita dulu lebih sopan


http://maxx.my/image/keretapi-india.jpg


Mangsa vandalisma


http://maxx.my/image/mangsa-vandalisma.jpg


Buruh paksa


http://maxx.my/image/buruh-paksa.jpg


Gambar siapa ni ?


http://maxx.my/image/gambar-siapa.jpg


Anjing yang suka meniru


http://maxx.my/image/anjing-diperiksa.jpg


Padan muka


http://maxx.my/image/mainan-mengamuk.jpg


Teknologi kitar semula


http://maxx.my/image/penjimatan-maksima.jpg


Perkhidmatan ala bas mini di Afrika


http://maxx.my/image/bas-mini-afrika.jpg


Takut


http://maxx.my/image/takut.jpg


Pengguna bijak


http://maxx.my/image/kunci.jpg


Beberapa saat aje lagi


http://maxx.my/image/beberapa-saat.jpg


 ::karangan si BOB::


Dapat daripada emel. Mungkin ada yang pernah baca. Hanya untuk dikongsi bersama.


--------------------------------------------------------------------------------------------------


http://maxx.my/image/karangan1.jpg


http://maxx.my/image/karangan2.jpg


http://maxx.my/image/karangan3.jpg
P/s::lucu bongok je essay dak nehh...:))








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS