WELCOME TO MY HOT & COOL PAGES!

THANKS 4 READING..........MUAHHHH3...

baPak Yg mengOng!! ;p


Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...
Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
Bedah : Ya bapak, ada apa?
Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)
Bapak : Dengar tak bapak kata.....
Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.
Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.
Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...
Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.
Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.
Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.
Bedah : Apa???!!!Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.
Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)
Bapak : Bedah, tengok niBedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.
Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.


nAme POwn PAK PANDIR


Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir terasa hendak buang air besar.Oleh kerana tiada sesiapa bersama mereka, Pak Pandir terpaksa meninggalkan anak kecilnya di dalam kereta sorong itu bagi melepaskan hajatnya yang sudah tak dapat ditahan-tahannya lagi.
Setelah selesai menunaikan hajatnya, Pak Pandir kembali kepada anaknya di dalam kereta sorong itu.


"Hmmm...baik budak ni. Tak buat ragam pun." Pak Pandir pun terus menyambung lawatan mereka dengan konfidennya di zoo itu. Setelah itu mereka pun pulang ke rumah.
Sampai di rumah, dia terus mendapatkan Mak Andeh. "Baik betul anak kita ni, langsung tak menyusahkan saya", Pak Pandir memberitahu Mak Andeh dengan gembira. "Awak pergilah bawak dia mandi, mungkin dia nak berehat agaknya".


Mak Andeh pun menurut kata Pak Pandir itu. Sedang Pak Pandir berehat-rehat di ruang tamu, kedengaran Mak Andeh memanggil dari bilik air. "Bang, kenapa anak kita ni penuh bulu satu badan?"


Jawab Pak Pandir, "Ooohhh....itu tak hairan. Tadi di zoo lagi dahsyat. Saya lihat seekor gorila betina mendukung anaknya yang langsung tiada bulu. Rupa anaknya pula tak ubah seperti muka anak kita!"


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

risOOoo nyer!!


up or dOwn??
aduhh...riso btol ak ngn pointer sem neh..takot down jew...mampos laa aku kali nehh..he3..bukan pew korg..sem ni byk tol killer sub..n majorty paper2 tu sume sush time final,time midterm oj jew ;p(nk sedpkn ht he3)...antara sub2 yg ak takot xley skor tggi tmasuk lah::cewah2..emmm Industrial Law, Eko n change management....pass tu mg insya'allh la tp kalo nk skor A or B jauh la kot..xtaw la lecturer mane yg g wat soklan payah giller tuh...saje je x nk bg ktowg skor hu2.pe pown ak da cube yg t'bek..jus tgu jela result sem lps...x tenterm plaks hati neh...hmmm.. :((((


segn gak ak kat mber len kalo pointer ak down nnt..wat nye ak sowg down,diowg sume up??hah..cmne tuh nk jwb kat parents n mber2?he3..jwb jela,,,janji ak da usaha,bknnye x usaha kan...sem dpn mesty ak lg bz2 giler..dengar2 byk kene wat research lg..argghhhh leth nye nk research2 compnay lagi...yg ak plg benci nk b'urusan dgn phk atasan yg mg suke amik ksmpatan ajak dating2 hahaha...mengong punyer owg tua!! ;p



haa ni diaa..!budak yg plg 'rajin'   blaja..hu3 n rajin datim2..




camne nak taw Owg tue terror ke x??
senang jew kalo nak taw die pdi ke x..tgk jer result final die exm die..kdg2 laa kn slalu ak jmp owg ni pdi bckap2, present bgus ape sume, jawatan tggi kat campus tp..result ade yg bwh 2.5 ke bwh.hmmm...so nk tgk org tu pdi ke x dlm plajarn die..juz tgk result yg die dpt, xkire la midterm ke..final ker..tu sume kite da x bley nafikn lg..(kalo yg pdi sbb bwk 'toyol' len cte la ea).ade owg laa aku tgk study x beriya pon tp result gempak giler laaa...ni x puas ht ni nape otk die pdi sgt2 mcmtuh..( nk gaks otk cmtu he3).


Ade la stu kisah, time ak form 4/5..sowg mber aku ni mcm xgya lgsung nk amek SPm..tido,mkn,tido,mkn,tido,mkn...tido2..ak ni da tgk mber gitu,ak pown ikot laa gaks tabi'at 'baik' die tuh...hari2 mendatang semakin hampir ( spm) n ak still mkn tido spnjg msa smp x sdr esok spm,,,ha3.mlm tuh ak x study lgsung pon.tidooooooooo memnjg.sma laa ngn mber ak yg pmls tuh...last2 da lme abes spm, ak dapt taw result smp die 7A siyoooootttttttttt!!!hah!!ak plaks len citer..cm mengong jew ak time tuh!! die dpt UM,ak lak dpt pe jew??hu3...


Tp kan yg menariknye,mber2 len sume igt ak dpt 7A mcm mber bek ak tuh..yela diowg ckp " uyul neh msty dpt result gempak gak mcm........yela,korg kn bek,msti study sm2"..ak senyum jer..xnk ah bg respon,nnt manyak tya plaks..he3...biala diowg igt ak dpt 7A pown.. sowy yer my pwens!


p/s: x s'mesty nyer kite bek ngn owg tu,pergai kite sm mcm owg tu taw!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

KisaH daRi Tanah Suci MakkaH


Memang menjadi kebiasaan ramai jemaah haji dari Malaysia yang mengenali saya bertanyakan sesuatu perkara terutama hal agama semasa berada di tanah suci.Misalnya jika jemaah ada menghadapi masalah berkaitan soal-soal rukun haji atau fardu ain serta kekeliruan dalam beribadat saya akan memberikan khidmat nasihat seperti diminta. Bagaimanapun ada juga jemaah yang bertanyakan tentang peristiwa pelik yang berlaku terhadap mereka. Demikianlah yang berlaku dengan seorang jemaah wanita dari Malaysia semasa saya mengerjakan fardu haji pada tahun 1993.


Pada suatu hari seorang jemaah haji wanita, biar saya namakannya Fatimah, datang menemui saya untuk menceritakan peristiwa aneh yang dialaminya semasa berada diMakkah. "Pelik ustaz.Memang pelik.Tak pernah saya alami kejadian sepelik ini dalam hidup saya," cerita Fatimah dalam keadaan gugup dan terkejut.Wajahnya lembut dan bersih tanda banyak beribadat dan solat.
"Bertenang, beristighfar banyak-banyak," kata saya meminta Fatimah bersabar dalam menghadapi dugaan semasa berada di tanah suci.Selepas melihat dia mula bertenang saya memintanya menceritakan kejadian yang pelik menimpanya semasa berada di tanah suci.
"Sekarang cerita.Apa kejadian pelik yang awak tengok...?" tanya saya pula apabila melihat wajahnya berkerut memikirkan masalahnya. Fatimah menceritakan bahawa pada suatu hari, dia pergi bersama-sama rakan jemaah untuk bersembahyang di Masjidilharam. Mula-mula Fatimah mengambil air zamzam dari telaga di Masjidilharam bersama-sama jemaah lain sementara menanti waktu solat Zuhur yang hampir masuk.
Memang telah menjadi kelaziman Fatimah dan rakan-rakan mengambil air dari telaga zamzam untuk dibawa pulang ke tanah air kelak.Air zamzam yang diambil dari telaga di Masjidilharam itu kemudiannya akan dituang ke dalam tong besar di hotel penginapan. Selepas itu mereka isikan dalam bekas dan botol-botol yang lebih kecil supaya mudah dibawa pulang ke Malaysia . Ini kerana Fatimah menganggap air yang diambil sendiri di telaga zamzam berbanding air zamzam di paip di luar lingkungan Masjidilharam lebih suci dan asli.
Bagaimanapun pada hari itu selepas mengambil air zamzam, tiba-tiba Fatimah rasa berada dalam keadaan uzur kerana haid.Ini menyedihkannya kerana jangkaan haidnya masih lambat lagi. Justeru
Fatimah cepat-cepat keluar dari kawasan Masjidilharam meninggalkan rakan-rakan kerana haram bagi wanita uzur memasuki masjid.Sambil melangkah keluar membawa air zamzam, dia rasa kecewa kerana hasrat untuk bersembahyang di Masjidilharam tidak tercapai sedangkan itulah yang diidam-idamkan oleh para jemaah.Walaupun semangat Fatimah berkobar-kobar untuk beribadat tetapi dia terpaksa akur kerana masalah keuzuran.
"Mungkin lain kali boleh sembahyang lagi di Masjidilharam," katanya sambil memujuk hatinya yang kecewa. Sambil berjalan dia berdoa supaya haidnya habis sebelum kembali ke Malaysia supaya hasratnya untuk menunaikan solat di Masjidilharam tercapai.Fatimah menyambung, katanya apabila sampai di hotel penginapannya, dia meletakkan botol air zamzamnya itu di hujung penjuru bilik menghala ke arah Masjidilharam. Dia merehatkan badannya dan memujuk hati yang kecewa. Insya-Allah ada rezeki aku, katanya dalam hati. Seketika kemudian sayup-sayup azan fardu Zuhur berkumandang dilaungkan muazin Masjidilharam.
Lembut dan menginsafkan.Apabila mendengar suara azan, Fatimah rasa semakin sayu kerana hasrat untuk beribadat tergendala kerana keuzurannya. Tidak lama selepas itu qamat dilaungkan. Lalu dia terbayang alangkah seronoknya kalau ketika itu dia juga sedang berada bersama-sama kawan-kawan dan para jemaah lain di dalam Masjidilharam. Tentu ketika itu mereka sedang berdiri untuk memulakan solat.Tapi apakan daya, sekarang dia berada di dalam bilik dan tidak boleh pula mengerjakan solat....."Allahhuakbar." Imam memulakan solat. Makin sayu Fatimah mendengarnya.
Sewaktu sedang mengelamun itu, tiba-tiba dia melihat tong air zamzam hampir setinggi lutut dan sebesar badannya bergerak-gerak.Dan apabila imam rukuk, dengan perlahan-lahan tong tersebut melentur sehingga menjadi bentuk seperti orang yang sedang rukuk juga. Apabila jemaah sujud, tong itu juga turut sujud sehingga penutupnya mencecah simen.Kemudian ia duduk antara dua sujud dan kembali berdiri apabila jemaah membaca fatihah.Begitulah perlakuan tong air zamzam itu sehingga selesai jemaah bersembahyang di Masjidilharam. Anehnya selepas jemaah habis bersembahyang, tong air zamzam itu berhenti serta-merta bersolat.Bagaimanapun air di dalam tong berkenaan tidak tumpah atau meleleh sedikit pun. Badan tong yang sebentar tadi sujud dan rukuk tidak menunjukkan apa-apa perubahan fizikal seperti kemik atau melentur.
"Betul ustaz! Saya tengok sendiri tong zamzam bersembahyang. Apabila orang bersembahyang di Masjidilharam tong itu pun bertakbir Allahhuakbar. Apabila orang rukuk,tong air zamzam turut rukuk.Apabila orang sujud, tong air zamzam turut sujud seterusnya memberi salam," katanya dengan bersungguh-sungguh. Lalu Fatimah bertanya kepada saya: "Adakah tong zamzam itu bersembahyang menggantikan tempat saya yang tak boleh bersembahyang ustaz..?"
Saya hanya menjawab, "Wallahualambissawab. Ambillah ia sebagai iktibar. Itulah tanda kebesaran Allah dan besarnya pahala bersolat.Itulah Makkah, penuh dengan macam-macam benda pelik. Ingatlah, Allah jadikan sesuatu itu supaya manusia berfikir."
Selepas mendengar penjelasan saya yang ringkas itu, Fatimah kembali ke biliknya. Walaupun saya tidak dapat memberikan jawapan sebenar bagi pertanyaan Fatimah yang dianggap sungguh pelik yang terjadi terhadapnya semasa berada di tanah suci tetapi bagi saya, hasrat murni Fatimah untuk beribadat sebenarnya dimakbulkan Allah. Keperibadian Fatimah yang sentiasa mengutamakan solat menyebabkan Allah memberikan petunjuk kepadanya sehingga tong zamzam sanggup bersolat menggantikan tempatnya walaupun dia berada dalam keuzuran.
Segala sesuatu pasti terjadi atas kehendak-Nya jika makhluk sentiasa taat kepada perintah Allah. Jika Allah berfirman KUNFAYAKUN (Jadi,maka jadilah) maka segala sesuatu terjadi dengan sendirinya walaupun sesuatu perkara itu dianggap pelik dan aneh dari segi pemikiran logik manusia biasa.
dipetik dari ceramah : Ustaz Ismail Kamus



::tempat yang m'buatkn hati yg keras mjadi cair..


::sesuatu yg dihajati pula insya'llh akn d'makbulkn jika kita iklas ke sna untuk tunaikn ibadah dn lksanakn haji mabrur..amiinnn ;p
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

manuSia yg Plg2 SenGal


Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgniat nak tarbiyah depa ni.
Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.
Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan” .Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!” Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii…
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni… Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,
“He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee…” Tok imam pun terkedu & terpana…
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

cinta VS suke



Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.


Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.



Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.

Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.



Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.

Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.



Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.

Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.



Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.

Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.



Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.

Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.



Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.

Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.



Perasaan cinta bermula dari kata.

Perasaan suka bermula dari telinga.



Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Perkara Ajaib Yg T'sembunyi D'dlm MINDA?


1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda



Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”
2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.
3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.
4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.
5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.
6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.


Ps: sume info di ats ak amek dlm buku " membina imaginasi cemerlang"
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS