WELCOME TO MY HOT & COOL PAGES!

THANKS 4 READING..........MUAHHHH3...

One MALAYSIA one ISRAEL



Isu 1 Israel: Anwar beri penjelasan Selasa depan


KUALA LUMPUR, 23 Mac —  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi penjelasan di Parlimen Selasa depan berhubung dakwaan beliau kononnya gagasan 1 Malaysia ditiru daripada slogan 1 Israel.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R. Sivarasa berkata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee telah bersetuju untuk memberi ruang kepada Anwar (gambar) memberi penjelasan kepada Ahli Parlimen berhubung isu berkenaan pada 11.30 pagi Selasa depan, selepas sesi soal jawab.
“Speaker akan panggil beliau untuk memberikan respons,” kata beliau yang sebelum itu menemani Anwar menemui  Kiandee.
Kiandee menetapkan demikian selepas Anwar menghantar surat kepadanya meminta diberi ruang untuk menjelaskan isu tersebut di Parlimen, kata Sivarasa kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini selepas beliau dan Anwar dilihat masuk ke pejabat Speaker Dewan Rakyat dan keluar dari pejabat itu selepas kira-kira 15 minit.
Semalam Kiandee memberi tempoh seminggu kepada Anwar untuk membuat penjelasan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohamed Nazri Aziz memaklumkan kepada dewan bahawa kerajaan memandang serius dakwaannya itu.



Azmin defends Anwar’s ‘Jewish links


By Syed Jaymal Zahiid
KUALA LUMPUR, March 24 — PKR vice president, Azmin Ali, came out in defence of Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim in Parliament today, over the latter’s close links with former World Bank president, Paul Wolfowitz.
Azmin told Parliament that Anwar’s (picture) close relations with the former United States deputy defence secretary did not “compromise” his “Malayness” and his religion, contrary to the “Jewish agent” depiction made by his political rivals in Umno.
“In fact, Permatang Pauh (Anwar’s constituency) had used his close relations with Wolfowitz to make clear his stand against Washington,” he told Parliament.
Azmin claimed Anwar had made a firm stand against the US invasion of Iraq and demanded its withdrawal from the oil-rich gulf state.
“This Malay child (Anwar) argued eloquently in defence of millions of the world’s Muslims and demanded that Washington respect the sovereignty of the Iraqi people,” said the Gombak MP.
This, he said, was different from the tone of the meeting between then-premier Tun Abdullah Ahmad Badawi and former US president George W Bush on Sept 18, 2006, implying that Abdullah failed to carry the aspirations of Muslims worldwide by being passive amid the Iraqi invasion.
Azmin, who claimed he was present at the meeting between Anwar and Wolfowitz, said that the PKR de facto leader had asked for Dr Shaikh Yusuf Qardhawi’s name to be removed from a Washington blacklist.
Shaikh Yusuf, a renowned Islamic scholar, was labelled as a terrorist by the Bush administration. He is also a close friend of Anwar’s.
“Not only that, Anwar had also asked that the (2004) tsunami fund worth US$2 billion (RM6.8 billion) be distributed to not only to the secular school in Acheh, but also the Islamic schools,” said Azmin.
He then drew the attention of the Dewan Rakyat to the ties between the Umno-led federal government and what he claimed were international Zionist elements like APCO Worldwide and Bush.
“We did not hire a Zionist agency to woo the hearts of our own people. In fact, our communication mediators are locals,” said Azmin.
Anwar had alleged that APCO, hired by the Najib administration to promote its 1 Malaysia concept, was previously linked to Israel.
He had claimed in Parliament that the public relations company was behind the 1 Israel movement of former Israeli prime minister Ehud Barak’s administration.
Both APCO and the government have denied the allegation.


1 Malaysia, 1 Israel: Apa yang kalut sangat? — Zaini Hassan

25 MAC — Marahkah Anwar Ibrahim apabila 1 Malaysia dikaitkan dengan 1 Israel? Mengapa beliau sensitif sangat? Dalam dunia tanpa sempadan sekarang macam-macam idea boleh menjadi sama. Apa yang peliknya? Ketua pembangkang (yang ikut buku sudah patut turun kerusi) mempertikaikan gagasan itu yang dikaitkannya dengan slogan negara Yahudi tersebut.
Samakah konsep di Malaysia dengan negara Yahudi itu? Di Israel, ia hanya mengiktiraf satu bangsa sahaja iaitu Yahudi yang agung. Anwar takkan tidak tahu perkara ini, kan beliau mempunyai ramai rakan berpengaruh dari keturunan itu.
Mengapa secara tiba-tiba beliau mahu mempertikaikannya? Jika idea itu bagus — apa salahnya kita pakai. Israel marahkah kita guna slogan itu? Rasulullah SAW sendiri pernah menyarankan umatnya supaya menimba ilmu dari mana-mana tempat sekali pun asalkan ia boleh memberi manfaat kepada umatnya.
Kita belajar ilmu fizik dari orang Yahudi, Einstein. Malah orang Iran yang membina reaktor nuklear pun perlu belajar ilmu itu. Jadi, apa yang hairan sangat.
Seperti yang semua kita sedia maklum, Anwar membangkitkan isu itu hanya semata-mata mahu mencabar minda orang Melayu Islam di Malaysia supaya membenci pemerintah. Israel dan Yahudi memang menjadi tabu — ketakutan, kebencian — orang Melayu Islam di negara ini. Seorang kenalan berbangsa Amerika pernah memberitahu saya bagaimana hasratnya mahu memperisterikan seorang gadis Kelantan gagal setelah keluarga gadis itu di saat-saat akhir mengetahui dia seorang berketurunan Yahudi. Akhirnya dia membawa diri ke Filipina dan mengahwini gadis di sana. Mereka hidup aman damai di New York hingga ke hari ini.
Jadi untuk membangkitkan rasa benci mereka kepada kerajaan kaitkan apa-apa saja dengan Yahudi atau Israel, pasti orang Melayu Islam akan marah.
Anwar kan bijak dengan perang sarafnya. Psy-warnya, atau dalam bahasa mudah ilmu putar-belitnya, memang hebat. Semua orang mengiktiraf kehebatannya dengan permainan itu. Ingat lagikah dengan isu pendakap leher, isu racun arsenik dan lain-lain..?
Oleh itu, apa yang kalut sangat di Parlimen itu. Orang kita, termasuk para pemimpin kerajaan cukup kalut apabila Anwar membangkitkan soal-soal macam ini. Mereka cukup cepat merasa defensif atau mengalah.
Sepatutnya, baguslah Anwar membangkitkan isu itu. Sekurang-kurangnya beliau sudah secara tidak langsung mengakui pengaruh yang ada pada 1 Malaysia itu.
1 Malaysia pun yang pada mulanya disangsi oleh banyak pihak termasuk mantan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, kini diterima sebagai satu gagasan yang bijak. Orang Cina dan India menerima gagasan itu dengan senang hati.
Pakatan pembangkang melihat 1 Malaysia sebagai musuhnya. Mereka sebenarnya takut dengan gagasan itu dan sedang berusaha keras mahu memecahkannya.
Mereka tahu kekuatan yang hanya boleh mereka capai ialah apabila orang Cina dan India membenci orang Melayu. Orang Melayu membenci orang Melayu; orang Melayu membenci orang Cina dan India; dan orang India membenci orang Melayu dan Cina. Serta, orang Iban membenci orang Bidayuh; orang Sarawak membenci orang Semenanjung dan Sabah.
Itulah yang mahu dilihat oleh pakatan pembangkang yang masih diketuai oleh Anwar. Bencinya rakyat kepada kerajaan, bermakna kemenangan kepada mereka.
Oleh itu, jangan jadi kalut tak tentu pasal. — Utusan Malaysia

Persamaan: 1Malaysia dan One Israel 



Semenjak Malaysia memperoleh Perdana Menteri ke-6, Najib Razak, sebuah gagasan telah dibentuk bagi menyatupadukan rakyat Malaysia di bawah kepimpinan beliau, dengan prinsip Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Keberkesanan gagasan ini belum dapat dibuktikan lagi, memandangkan usianya yang masih muda, baru sahaja mencecah usia setahun.
Pada majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama Anwar Ibrahim di kediamannya di Bukit Segambut pada Ramadhan lalu, beliau ada menyebut nama sebuah firma iaitu APCO Worldwide yang dikatakannya sebagai memainkan peranan dalam merencanakan gagasan 1Malaysia Najib.
Bermulanya sesi perbahasan Parlimen bulan ini, Anwar mendedahkan perkara tersebut dengan disambut oleh kritikan hebat daripada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional serta penafian daripada APCO Worldwide mengenai peranannya dalam gagasan 1Malaysia dan One Israel.
Di bawah, terjemahan dari laman web APCO Worldwide.
____________________________________________________________

APCO Responds to Statements Made in Malaysian

Parliament

Respons APCO kepada kenyataan dibuat di Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur (March 18, 2010) – In the course of Parliamentary debate in Malaysia on March 17, 2010, inaccurate statements were made regarding APCO Worldwide and its role in Malaysia, as well as its work, past and present, in relationship to other governments.
Kuala Lumpur (18 Mac 2010) – Merujuk kepada debat Parlimen di Malaysia pada 17 Mac 2010, kenyataan kurang tepat telah dibuat mengenai APCO Worldwide dan peranannya di Malaysia, termasuk tugasannya, masa dahulu dan semasa, dalam hubungan dengan kerajaan-kerajaan lain.
In 2009, the Government of Malaysia retained APCO, an international strategic communications company with 29 offices throughout the world, to assist in evaluating its capabilities to communicate through new media. APCO was also asked to assist the Malaysian government by sharing recent developments in strategic communication undertaken by governments in Europe, North America and Africa.
Pada 2009, Kerajaan Malaysia mengekalkan APCO, sebuah syarikat komunikasi strategik antarabangsa dengan 29 pejabat seluruh dunia, untuk membantu membuat penilaian terhadap kemampuannya untuk berkomunikasi menerusi media baru. APCO juga telah diminta membantu kerajaan Malaysia dengan berkongsi perkembangan terkini komunikasi strategik yang telah dilakukan oleh kerajaan-kerajaan di Eropah, Amerika Utara dan Afrika.
APCO’s work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people. APCO is honoured to be provided the opportunity to assist the government in this important work.
Tugas APCO juga termasuk sokongan komunikasi terhadap pelbagai inisiatif perubahan oleh kerajaan Malaysia, terutama dari segi mewujudkan peluang kerja, mempromosikan pendidikan, dan mengukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. APCO amat berbesar hati diberikan peluang membantu kerajaan dalam tugas penting ini.
However, contrary to statements made in Malaysia’s Parliament, 1Malaysia was conceived of by the Prime Minister Dato’ Sri Najib Razak prior to the government of Malaysia retaining APCO. APCO had no role of any kind in creating the 1Malaysia concept, which was fully formed, and made public, prior to APCO’s engagement.
Walau bagaimana pun, berbeza dengan kenyataan dibuat di Parlimen Malaysia, 1Malaysia telah digagaskan oleh Perdana Menteri Najib Razak sebelum kerajaan Malaysia mengekalkan APCO. APCO tidak memainkan sebarang peranan dalam mewujudkan konsep 1Malaysia, yang telah dibuat sepenuhnya dan didedahkan kepada umum, sebelum penugasan APCO.
It is also incorrect that APCO represented the Government of Israel or Israeli Prime Minister Ehud Barak as has been alleged in Malaysia’s Parliament. At no time has APCO been involved with a public relations campaign relating to a “One-Israel” concept. The statement in Malaysia’s Parliament that APCO was involved in such a campaign is false.
Yang juga kurang tepat, bahawa APCO mewakili Kerajaan Israel atau Perdana Menteri Israel Ehud Barak seperti dituduh di Parlimen Malaysia. APCO tidak pernah terlibat dalam kempen perhubungan awam berkaitan konsep “One-Israel”. Kenyataan di Parlimen Malaysia bahawa APCO terlibat dalam kempen sedemikian adalah tidak benar.
APCO is proud of its work over the past 25 years providing strategic communication services to many governments, including the Government of Malaysia. APCO has also provided services to many of the world’s leading companies and to international institutions such as the World Bank, United Nations, the European Commission and ASEAN, among others.
APCO berbangga dengan hasil kerja selama 25 tahun memberikan perkhidmatan komunikasi strategik kepada pelbagai kerajaan, termasuk Kerajaan Malaysia. APCO juga telah memberikan perkhidmatan kepada banyak syarikat utama dunia dan juga institusi antarabangsa seperti Bank Dunia, Pertubuhan Negera-Negara Bersatu, Kesatuan Eropah dan ASEAN, antaranya.
___________________________________________________________
Juga dari laman web APCO Worldwide, yang menguatkan lagi perkaitan antara APCO dengan Israel:-
APCO Worldwide in Tel Aviv helps clients navigate the complex international business and regulation arena in Israel. We also assist multinational companies in understanding Israel’s unique political and business climate, which operates in a dynamic setting facing constant changes and challenges.
APCO Worldwide di Tel Aviv membantu pelanggan mengharungi arena perniagaan antarabangsa dan peraturan yang kompleks di Israel. Kami juga membantu syarikat multinasional dalam memahami keadaan politik dan perniagaan Israel yang unik, yang beroperasi dalam persekitaran dinamik dan menghadapi pelbagai perubahan dan cabaran.
Our team offers clients a comprehensive range of services. Our understanding of the local market as well as our global expertise gives clients an essential advantage in achieving their business objectives.
Pasukan kami menawarkan pelanggan, jenis-jenis perkhidmatan yang komprehensif. Pemahaman kami terhadap pasaran tempatan termasuk kepakaran antarabangsa memberikan pelanggan kelebihan yang penting dalam mencapai objektif perniagaan mereka.
Key services include:
Perkhidmatan utama termasuklah:
  • market entry (kemasukan pasaran):
    With offices in the world’s business and political hubs, APCO in Tel Aviv helps Israel’s fast-growing companies ensure a smooth launch into new markets. This includes a thorough assessment of the regulatory framework, potential market and partnership opportunities, as well as advising on an appropriate investment structure.
Dengan pejabat-pejabat di hub-hub perniagaan dan politik dunia, APCO di Tel Aviv membantu syarikat Israel yang berkembang pesat dalam memastikan pelancaran yang lancar di pasaran baru. Ini termasuk penilaian teliti terhadap struktur peraturan, peluang kerjasama dan pasaran berpotensi, serta khidmat nasihat dalam struktur pelaburan yang tepat.
  • corporate responsibility (tanggungjawab korporat): 
    The Tel Aviv office is recognized as one of Israel’s leading corporate responsibility firms and assists clients in developing environmental, social and governance programs.
Pejabat Tel Aviv dikenali sebagai salah sebuah firma peneraju tanggungjawab korporat dan membantu klien dalam membangunkan program-program alam sekitar, sosial dan pentadbiran.
  • issues management (pengurusan isu): 
    Leveraging Israel’s time zone and multi-language capabilities, we provide APCO’s clients across the globe with media monitoring, back-desk market research and issue analysis services.
Mengambil manfaat zon waktu Israel dan keupayaan bertutur pelbagai bahasa, kami memberikan pelanggan APCO di seluruh dunia dengan pemantauan media, kajian pasaran dan perkhidmatan analisis isu.
  • Jewish community networking (pembinaan rangkaian komuniti Yahudi):
    APCO’s Tel Aviv office helps clients navigate the Jewish world. Our staff has extensive experience and close ties to major Jewish and Israeli organizations with a global presence. We offer a comprehensive understanding of Jewish public affairs and help clients make the right contacts and convey their messages creatively and efficiently to Jewish audiences and communities worldwide.
Pejabat APCO Tel Aviv membantu pelanggan mengharungi dunia Yahudi. Staf kami memiliki pengalaman luas dan hubungan erat dengan organisasi utama Yahudi dan Israel dengan kewujudan di peringkat global. Kami menawarkan pemahaman komprehensif terhadap hubungan awam Yahudi dan membantu klien membuat hubungan yang tepat dan menyampaikan mesej secara kreatif dan efisien kepada pelanggan dan komuniti Yahudi seluruh dunia.
_________________________________________________________________
Antara ahli-ahlinya:-
Elliott Abrams
Bekas Timbalan Pembantu kepada Preisden dan Timbalan Penasihat Keselamatan bagi Strategi  Demokrasi Global di bawah pentadbiran George W. Bush.
Doron Bergerbest-Elion
Bekas ketua bahagian perlindungan dan keselamatan, serta pegawai keselamatan tertinggi di Agensi Keselamatan Israel.
Itamar Rabinovich
Bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat, bekas Presiden Universiti Tel Aviv.
Shimon Stein
Bekas Duta Israel ke Jerman, bekas menteri dan pengarah Jabatan Kawalan Senjata dan Gencatan Senjata untuk Kementerian Luar Israel di Jerusalem.
________________________________________________________
Nampaknya memang ramai tokoh Yahudi yang terlibat dengan APCO yang diberi tugas “membantu” transformasi kerajaan. Mengapakah peluang sedemikian tidak diberi sahaja kepada anak tempatan?? Trauma mendengar istilah “Budak Tingkat Empat”? Nilaikanlah sendiri bagaimana anak tempatan terpinggir dalam mentransformasi negara sendiri.
Bukankah 1Malaysia itu juga melibatkan transformasi dalam kerajaan? Peyokong 1Malaysia pasti tidak lupa dengan isi gagasan yang disokong sendiri. Nampaknya memang jelas sekali ada kaitannya dengan pembabitan APCO.
Saya tidak begitu pasti dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyamakan 1Malaysia dengan One Israel. Mungkin juga, beliau boleh menggunakan isu terbaru ini sebagai satu modal politik.
Namun, dengan terdedahnya isu ini, terdedahlah juga pekung kerajaan Najib, yang jelas sekali bergantung kepada bantuan asing dalam melakukan perubahan ke atas kerajaan yang dipimpinnya. Dari situ sahaja, aspek utama 1Malaysia telah dilanggar sendiri oleh beliau. Masihkah ada “Rakyat Didahulukan”??

Gambar terbaru daripada Facebook Anwar Ibrahim, beliau bersama Al Gore, bekas naib presiden Amerika Syarikat yang kini aktif dalam usaha mengekang pemanasan global.
Nampaknya jika ada yang berkata Anwar Ibrahim mengikut telunjuk asing gara-gara bersahabat dengan Paul Wolfowitz (dan pernah bertekak dalam soal perang Iraq dan Afghanistan), bagaimana pula dengan Najib yang terang-terangan berada di bawah telunjuk orang-orang asing tersebut? Nilaikannya sendiri para penyokong 1Malaysia.
___________________________________________________________
Sekadar tambahan, saya juga menemui dua laman web ini untuk dikaji persamaannya.
Yayasan 1Malaysia (Y1M) adalah sebuah yayasan bebas, bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan khusus untuk membangun, menyokong dan menerajui kegiatan dan program yang akan melibatkan semua rakyat Malaysia dalam usaha ke arah mencapai perpaduan nasional dan konsep 1Malaysia.
Yayasan ini ditubuhkan oleh sekumpulan rakyat Malaysia yang sealiran berminat untuk melihat konsep 1Malaysia, yang dipandu oleh Perlembagaan Persekutuan menjadi tunjang kepada kehidupan semua rakyat Malaysia.
Y1M diketuai oleh Chandra Muzaffar, yang kini aktivis bebas selepas keluar daripada parti KeADILan. Setakat yang saya lihat, Yayasan 1Malaysia jelas sekali tidak dipengaruhi oleh sebarang motif politik. Pandangannya bebas, dan sesekali berbeza dengan pandangan kerajaan sedia ada.
One Israel Fund works to fill the gaps in essential security, medical, educational and social services that are conspicuously lacking in YESHA, as well as providing much needed support to the families who were expelled from their homes in the summer of 2005. Whether we build schools, install playgrounds, or provide life-saving security systems, we are committed to the modern-day pioneers who call YESHA their home.
One Israel Fund bertujuan untuk mengisi ruang keselamatan asasi, perubatan, pendidikan dan perkhidmatan sosial yang jelas sekali kurang di Yesha, termasuk sokongan kepada keluarga Yahudi yang dihalau dari rumah mereka pada musim panas 2005. Kami membina sekolah, taman permainan, dan sistem keselamatan untuk menyelamatkan nyawa, kami komited kepada peneraju zaman moden yang menggelarkan Yesha rumah mereka.
Yesha merujuk kepada Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, yang mana turut dianggap sebagai sebahagian wilayah asal Israel yang telah ditawan oleh tentera Mesir dan Jordan pada Perang Arab-Israel 1948 dan Perang Enam Hari pada 1967, yang kini berada di bawah pentadbiran Palestin.
Nampaknya turut ada persamaan antara dua yayasan ini, untuk membantu dalam pembinaan negaranya masing-masing. Diharapkan idea Yayasan 1Malaysia bukanlah datang daripada APCO juga ya.
_____________________________________________________________
Kesimpulannya, bukan sekadar Anwar perlu menjawab di Parlimen mengenai kenyataan perkaitan 1Malaysia dan One Israel, malah Najib juga perlu menjawab kepada rakyat tentang perbelanjaan dan justifikasi pemilihan APCO yang jelas sekali melanggar konsep yang beliau rangka, iaitu 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Lagipun, ramai siswazah kita yang memperoleh kelulusan dalam bidang Komunikasi Massa, malah kita ada wartawan-wartawan serta pengamal media berkaliber yang bekerja di dalam dan luar negara, mengapalah APCO juga yang menjadi pilihan?
Anwar sendiri tidak pun menyalahkan pemilihan tersebut oleh Najib, cuma beliau tidak berpuas hati dengan tuduhan bahawa beliau seorang yang pro-Barat walaupun dalam banyak keadaan, beliau tidak sehaluan dengan para pemimpin dari Barat, dan tegas dengan pendirian yang beliau tegakkan dalam isu-isu antarabangsa.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

mengenali teruna si lelaki...& dara si wanita..?

Mungkin ada wanita yang berhajat untuk mempersuamikan lelaki yang masih "dara" (tak ramai dah) walaupun kebanyakan wanita lebih suka memilih yg berpengalaman, ini panduan untuk anda

1. lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita

2. lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan

3. lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja

4. lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti "kena interview" apabila bercakap dan badannya kaku

5. lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya

6. lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak "nerd". gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasanganna

8. lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan

9. lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan

Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati. Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.

Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak tangannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. Sebalikknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut. Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal.

Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.

Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda banya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara.

Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.

Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan.

Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.

ps: aku pelik nape pmpn yg takde dara dipertikaikan maruah nya ( mg ptt pon )..tp laki lak cmne? cm x adil jew kan? maruah tetap maruah..xkire la pmpn or laki...tol x? da kalo pmpn tu still de dara, mst die nk laki yg still de teruna kan.....Hmm...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS