WELCOME TO MY HOT & COOL PAGES!

THANKS 4 READING..........MUAHHHH3...

jerawat mencacatkan penampilan!!!




Semua orang akan mengalami jerawat pada suatu masa dalam hidup mereka sebagai contoh jerawat sering menyerang kawasan sekitar dahi.


Ia disebabkan radang daripada kelenjar minyak yang kecil (kelenjar sebaceous) yang mengelilingi bulu halus pada muka dan dada.Selalunya keadaan ini mungkin disebabkan ketidakstabilan hormon,terasa panas pada hati dan keadaan badan yang panas.

Keadaan ini biasanya akan berkurangan sekitar umur 17 hingga 19.Pada kebanyakan orang,jerawat akan hilang apabila mereka mencapai umur pertengahan 20-an,bagaimanapun orang yang mengalami kulit sensitif akan mendapat gangguan ini sehingga umur mereka mencapai 43 tahun.

Pertukaran hormon adalah berkait dengan kehamilan dan kedatangan haid,ia juga boleh menyebabkan terjadinya jerawat(acne).Ini juga berkait dengan alam sekitar yang tidak sihat seperti pencemaran,terdedah kepada kepanasan,kelembapan atau sejuk dan mengambil makanan yang berminyak.


Punca jerawat (acne) 
Tempoh baligh,penghasilan hormon seks lelaki (androgen)akan berkurangan pada kedua-dua lelaki dan perempuan,di mana ia boleh meransang kelenjar minyak untuk menghasilkan lebih sebum.Pada sesetengah orang,kelenjar minyak amatlah sensitif kepada androgen.Seseorang seperti ini,kebanyakannya adalah lelaki,mudah mendapat jerawat(acne) jadi mereka ditegaskan untuk mendapat rawatan perubatan.
Pengurangan penghasilan sebum menjadikan pembukaan kelenjar minyak sempit,di mana ia akan menghalang sebum itu untuk keluar.Sementara itu,penghasilan sebum akan terus dihasilkan.

Jerawat selalu berpunca daripada Propionebacterium acnes,yang pada amnya bekteria pada kulit memakan sebum tersebut.Bakteria ini menghasilkan sisa buangan dan asid lemak yang mengganggu kelenjar minyak dan menyebabkan keradangan.



Simptom bagi Jerawat (acne) 
Masalah jerawat ini boleh menyebabkan tekanan psikologi kerana jerawat yang teruk dan meninggalkan parut yang tidak boleh hilang pada seseorang itu.Apabila ia terjadi maka keyakinan terhadap diri sendiri akan berkurangan dan seseorang itu akan malu dan kurang tumpuan terhadap kerja atau pelajaran.

Apa yang menyebabkan Jerawat menjadi Teruk?
Selalu terdedah kepada persekitaran yang lembap seperti minyak,gris dan bahan kimia yang lain

Tekanan atau emosi yang tegang

Memicit atau mencungkil jerawat

Ubatan dan bahan kimia yang tertentu

Mengambil makanan dan minuman yang panas.




Rawatan Alternatif untuk Jerawat (acne)
Cuci muka anda dua kali sehari dengan pencuci muka yang lembut.Pastikan anda membasuh kulit anda apabila ia
berpeluh.Jangan menggosok muka anda kerana ia akan menjadikan jerawat anda menjadi lebih teruk.

Elakkan dari membuat fesyen rambut dimana apabila rambut anda menyentuh muka anda.Selalulah shampu rambut anda.

Jangan memicit atau mencungkil jerawat.Ia akan membuatkan jerawat tersebut menjadi lebih teruk dan boleh menyebabkannya menjadi parut.

Elakkan dedahkan kulit anda pada suhu yang terlalu sejuk atau panas dan cahaya matahari. Cahaya matahari mungkin boleh membaiki jerawat anda untuk seketika,tetapi tidak boleh memulihkannya.Terlalu banyak terdedah kepada cahaya matahari boleh membawa kepada kepanasan dan kanser kulit.

Gunakan pelembab yang asasnya adalah air.Krim yang berminyak atau gris dan alas bedak akan menghalang liang-liang roma dan mungkin boleh menyebabkan jerawat.

Tiada kajian saintifik yang menunjukkan terdapat makanan yang tertentu boleh menyebabkan jerawat (acne), tetapi anda
harus diingatkan bahawa bintik tersebut akan naik selepas anda makan beberapa benda yang tertentu,jadi anda harus
hindarkan dari memakan makanan tersebut termasuklah makanan yang panas.

Pilihlah sesuatu yang wajar dengan diet yang seimbang,minum banyak air dan selalu bersenam.





Cara Untuk Menghilang Jerawat Batu@Besar

Ambil telur putih sahaja , masukan telur putih dalam bekas kecil
Ambil Kapas, dan ambil cebisan kapas kecil , sapukan telur itu di kapas..
letakkan di jerawat itu, sebolehnya lakukan cara itu sebelum tidur..
hasilnya ,jerawat itu akan melekat di kapas itu…
selamat mencuba…

Seringkali jerawat halus ini menganggu fikiran kita. Walaupun tidak kelihatan jelas namun kulit muka masih menggerutu. Untuk mangatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam pei sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.
Oleh, Ieyzann, Bagan Serai Perak

Menghilangkan Bekas Jerawat

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.
Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.
Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.
Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

Menghilangkan Jerawat

Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.
Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Hilangkan Jerawat

Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.



Say No To Jerawat... Hidup Ceria smile.gif

____________________________

www.cybercatalogshop.com/moc
www.wanitasiber.com 



say no to JERAWAT..!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS