WELCOME TO MY HOT & COOL PAGES!

THANKS 4 READING..........MUAHHHH3...

SIFAT BONGKAK....

SOMBONG ATAU BONGKOK, ANGKUH DAN TAKABBUR ADALAH SIFAT YANG TERCELA DALAM ISLAM

   Hidup didunia ini penuh dengan cubaan dan cabaran. Kadangkala kita merasa senang dan gembira dengan kehidupan masa kini yang mudah, cepat lagi teratur. Tetapi kadang-kadang kita juga merasa tertekan dalam menghadapi kerenah manusia yang bermacam ragam. Inilah hakikat kehidupan dunia yang terpaksa ditempoh lebih-lebih lagi pada zaman moden ini yang mana kehidupan materialistik lebih diutamakan oleh mereka yang mementingkan keduniaan. Diantara sikap manusia yang banyak mewarnai kehidupan ini ialah sifat sombong.

           Sombong atau bongkak, angkuh dan takabbur adalah sifat yang tercela dalam Islam, sifat yang dibenci oleh Allah Subahanu wataala dan Rasulnya. Kerana itu kita adalah ditegah untuk bersikap sombong dan membangga diri.   Ketahuilah bahawanya sifat sombong dan takabbur merupakan sifat yang dimiliki oleh iblis laknatullah.  Iblis yang merasa dirinya lebih mulia dari Nabi Adam Alaihissalam, sanggup mengingkari perintah Allah Subahanahu Wataala untuk sujud kepada Nabi Adam Alaihissalam kerana itulah akhirnya ia pun dihalau keluar dari syurga dalam keadaan hina diatas sifatnya yang sombong itu.  Ada orang yang sombong kerana menganggap dirinya lebih tinggi atau mulia dari orang lain, ada juga orang yang angkuh dan megah kerana keturunan dan harta kekayaan yang dimiliki, dan ada juga orang yang membangga diri kerana kecantikan rupa atau kepandaian yang melebihi dari orang lain.  Sebenarnya tidak guna kita merasa sombong dengan apa yang ada pada kita, kerana sesungguhya semua itu adalah milik Allah, dan kita diberi pinjaman diatas kurnia tersebut supaya dapat bersenang lenang dengan kehidupan didunia ini. Allah Subahanahu Wataala Yang Maha Berkuasa, kalau ia berkehendak semua pinjaman itu ditarik balik, tidak mustahil segala kesenangan yang dinikmati masa kini akan hilang.

 Sifat sombong atau takabbur terbahagi kepada tiga bahagian:-

 Pertama: Takabbur kepada Allah Subahanau Wataala: iaitu apabila kita mengabaikan atau tidak menghiraukan terhadap suruhan-suruhan yang telah diperintahkan oleh Allah Subanahu Wataala, tidak takut kepada ancamannya serta meremehkan pula syariat agama. Sesungguhya Allah telah menjanjikan balasan yang buruk kepada orang yang bersikap sombong.

 Firman Allah Subanahu Wataala dalam Surah Al-Mukmin ayat 60 Tafsirnya:  Dan Tuhan kamu berfirman:” berdoalah kamu kepada-ku nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu.  Sesungguhnya orang-orang yang sombong takabbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.

Kedua:  Takabbur kepada Rasul:  Inilah diantara sikap yang dimiliki orang kafir Quraisy yang menentang Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dalam menyebarkan ajaran agama Islam.  Mereka menganggap bahawa Nabi Muhammad Sallallahu  Alaihi Wasallam adalah seorang anak yatim yang tidak berharta dan tidak layak untuk menjadi pemimpin.  Akhirnya mereka mati dalam keadaan kufur disebabkan oleh keegoan dan kesombongan sendiri. .. ..

Ketiga: Takabbur atau sombong terhadap sesama manusia: Iaitu apabila memandang diri lebih mulia, lebih alim, lebih kaya, lebih cantik dan sebagainya dari orang lain.  Biasanya sikap orang sebegini boleh dilihat dari penampilan atau gaya dirinya yang suka menunjuk-nunjuk atau cara percakapan yang suka memuji diri sendiri, suka kepada pujian dan dihormati serta tidak suka jika dirinya dibanding-bandingkan dengan orang lain, Sesungguhnya sifat sombong atau takabbur dapat mencerminkan peribadi yang kurang elok. .. ..

Untukmenghindarkan sifat sombong, kita harus menjaga tutur kata dan perilaku kita supaya  sentiasa dalam keadaan baik.  Kita bergaul dalam masyarakat tanpa mengira darjat, pangkat dan keturunan.  Sebagaimana peribadi Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam yang tidak pernah berlaku sombong. Baginda dengan Ikhlas menziarahi sahabat baginda yang ditimpa sakit atau kesusahan, mebantu sesiapa saja yang memerlukan pertolongan, memenuhi undangan apabila dijemput bahkan baginda sendiri pernah turut sama membantu umat Islam menggali longkang ketika bersiap sedia hendak menghadapi peperangan khandak.

           Takutlah kita dari terus menjadi orang yang sombong, bongkak dan takabbur kerana balasan yang bakal diterima amatlah buruk sebagaimana Firman Allah Subahanahu Wataala dalam Surah An-nahli ayat  29 :  Tafsirnya:  Oleh itu, masukilah pintu-pintu neraka, tinggal kekallah kamu didalamnya, maka sesungguhnya neraka itu seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takabbur... ..

          Dari itu tingkatkanlah iman dan takwa dalam jiwa kerana ia dapat mengawal diri kita dari berbuat maksiat dan melakukan perbuatan dosa, tanamkanlah perasaan tawadhuk dalam hati kerana ia dapat menyingkirkan sifat sombong dan membangga diri.  Apalah gunanya kita menyombong diri diatas kekayaan yang dimiliki, pada hal pada saat memasuki liang lahat, kita hanya membawa kain putih sebagai pembalut tubuh. Dan apalah gunanya kita membangga diri kerana darjat atau pangkat yang tinggi, sedangkan pada saat menghadapi All
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS