WELCOME TO MY HOT & COOL PAGES!

THANKS 4 READING..........MUAHHHH3...

attentiOn 4 mahasiwa/wi & yang sewaktu dengaNnya!!!

tips TEMUDUGA
Mitos No. 1: Calon yang paling layak akan dapat tawaran kerja.
Kerapkali ada kebenarannya tentang perkara ini - terutamanya apabila seseorang itu mengenali seseorang yang lain, selalunya bila ada syarikat yang mengambil kakitangan dalaman untuk kenaikan pangkat. Walaubagaimanapun, ini bukanlah selalu terjadi. Sekiranya seseorang itu berkemungkinan paling layak mendapat jawatan tersebut, ada beberapa kriteria penting yang patut dipatuhi (itupun bukan satu jaminan).

Ini termasuk :-
Ø      penemuduga mahir tentang apakah bentuk soalan yang akan ditanya dan mereka sentiasa peka tentang kebenaran di atas setiap jawapan yang diterima. Kedua-dua perkara ini nampak mudah, tetapi saya pasti yang sebahagian besar daripada mereka yang mengendalikan temuduga itu tidak mendapat apa-apa bentuk latihan pun, tiada pengalaman sebagai penemuduga dan kerapkali mereka tidak membuat apa-apa persediaan pun untuk temuduga itu.
Ø      penemuduga tidak mungkin tertarik tentang sifat fizikal, berperwatakan cantik, sifat lucu dan sebagainya terhadap seseorang calon temuduga. Perkara-perkara tersebut adalah agak susah hendak diatasi walaupun oleh seorang penemuduga yang berpengalaman.
Ø      calon temuduga telah mempelajari bagaimana cara untuk menunjukkan kemahiran mereka dengan jelas, pencapaian terbaik mereka dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi syarikat.
Ø     tidak akan berlaku pertindihan keperibadian di antara penemuduga dan calon  temuduga.
Ø      kedua-dua pihak tidak berhadapan dengan apa-apa masalah.
Sesetengah majikan – selalunya yang telah dikritik kerana pernah memilih calon yang salah pada masa dahulu – telah membuat satu garis panduan pengambilan pekerja yang profesional supaya dapat mengurangi dari berlakunya kesilapan. Ada waktunya prosedur ini banyak membantu dan amat berkesan dalam membuat pemilihan calon, tetapi ia tidak menjamin yang calon yang paling layak mendapat tawaran jawatan itu. Akhirnya satu analisis telah dibuat, yang pemilihan seseorang untuk mengisi sesuatu jawatan memerlukan sekurang-kurangnya seorang individu untuk membuat keputusan, dan tidak kiralah apa pun usaha yang dibuat untuk menghapuskan fikiran subjektif, sifat pilih kasih dan telah pun ada pilihan sendiri – walaubagaimanapun berusaha untuk menjauhinya.
Di dalam dunia yang unggul ini, calon yang terbaik untuk sesuatu jawatan itulah yang mendapatnya; sebaliknya, kebenarannya calon yang menunjukkan prestasi terbaik semasa temuduga yang mendapat kemenangan. Pengajaran yang dapat diambil dari sini ialah : 

 Ø      jangan secara otomatik menarik diri dari memohon sesuatu jawatan jika sekiranya anda dapat tahu sudah ada calon yang lebih layak ada memohon jawatan yang sama. Jika sekiranya anda berusaha untuk membuat persediaan yang secukupnya, ada kemungkinan besar anda akan menjadi calon pilihan – terutamanya apabila calon yang seorang lagi mengambil mudah dan tidak membuat apa-apa persediaan untuk menghadiri temuduga.

 Ø      jika sekiranya anda mendapat tahu anda paling layak untuk mengisi jawatan tersebut jangan sekali-kali mengambil mudah tentang temuduga itu. Hendaklah berkelakuan seperti anda sedang bersaing dengan musuh yang amat menakutkan. Ambil masa untuk membuat persediaan dengan teliti. Bukan bererti anda mempunyai pengalaman, anda telah tahu bagaimana hendak menyampaikan pendapat anda semasa menghadapi temuduga.

Mitos No. 2: Temuduga adalah seperti mengambil peperiksaan di sekolah – lebih banyak anda berkata, lebih baik prestasi anda.
 Benar, temuduga ada sedikit persamaan dengan peperiksaan, di mana anda diminta menjawab soalan-soalan dengan jawapan yang bijak, dan di situlah persamaan itu berakhir. Tidak seperti peperiksaan, di mana banyak jawapan yang tepat diperlukan, temuduga pula adalah berbeza kerana ia memerlukan interaksi dan hubungan yang baik dan pada masa yang sama menjawab soalan dengan jelas dan bijak. Jawapan yang baik tidak perlu terlalu terperinci. Sebenarnya, jawapan yang terlalu terperinci dan panjang boleh mengganggu perhatian penemuduga, walaupun mengandungi fakta yang secara teknikalnya amatlah tepat. Mengetahui bila hendak berhenti bercakap adalah satu kemahiran yang patut ada pada semua calon temuduga.
Berbeza dengan peperiksaan, dalam temuduga selalunya tidak ada jawapan yang betul atau salah. Kita adalah berbeza dan datang ke temuduga dari latarbelakang yang berbeza, beri bukti yang kukuh di atas semua tindakan anda dan bercakaplah tentang percapaian anda dengan penuh yakin.

Mitos No. 3: Penemuduga tahu apa yang mereka buat.
Sesetengah penemuduga amat bijak tentang apa yang mereka lakukan, terutamanya mereka yang profesional dan menjadikannya kerja sepenuh masa(sekiranya mereka tidak letih dengan kerja). Sebaliknya, kebanyakan pengurus dan tuan punya perniagaan kecil menghadapi kesukaran kerana temuduga bukanlah kerja yang sering mereka lakukan.Sebahagian dari contoh temuduga yang tidak baik adalah :-

Ø      mereka sahaja yang banyak bercakap
Ø     mereka kelihatan telah membuat keputusan terhadap anda dalam lima minit pertama temuduga dijalankan
Ø     mereka nampak seperti mendapatkan soalan secara rambang dari langit
Ø     telefon mereka sentiasa berdering dan dijawab semasa  sesi temuduga
Ø     mereka kelihatan tidak jujur sebagai jurujual semasa menjual kerja tersebut pada anda

 Sebahagian dari temuduga yang baik ialah:-

Ø    mereka telah pun terlebih dahulu menyediakan soalan dengan teratur
Ø     mereka ingin tahu apa yang anda buat dan bagaimana anda telah melakukannya, termasuk meminta contoh-contohnya
Ø    mereka membiarkan anda yang banyak bercakap
Ø   mereka ingin menemuduga anda lebih dari sekali
Ø    mereka sentiasa berusaha membuat anda berasa selesa
Ø    mereka secara jujurnya berminat dengan kemampuan anda, kemahiran dan suka pada sikap anda 

Penemuduga yang tidak berpengalaman selalunya tidak bertanyakan soalan yang tepat dan dengan mudah mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan kemampuan anda untuk menjalankan kerja. Oleh itu sekiranya anda di temuduga oleh mereka yang tidak berpengalaman, jangan tunggu untuk ditanya soalan yang baik – ataupun dibenarkan anda untuk bercakap tentang kemahiran yang menyeronokkan dan berkualiti. Ambillah sikap yang tidak terlalu menonjol dengan bercakap tentang perkara-perkara yang anda rasa mereka berminat hendak tahu. Walaubagaimanapun situasi begini tidak selalu berlaku – terutama sekali jika anda ditemuduga oleh seseorang yang bersikap paksaan begitu, jangan panik. Katakan pada diri anda temuduga hanyalah untuk menjalin hubungan yang baik, di mana ia hanyalah sesi soaljawab. Oleh itu bersetuju sahajalah, senyum dan tunjukkan sikap yang terbaik – penemuduga yang banyak bercakap suka kepada seseorang yang bersetuju dengan pendapat mereka.

UNTUK SAMBUNGAN.....

SILA CLICK DI LINK NI OK?





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "attentiOn 4 mahasiwa/wi & yang sewaktu dengaNnya!!!"

Post a Comment