WELCOME TO MY HOT & COOL PAGES!

THANKS 4 READING..........MUAHHHH3...

LOmbOk mareyyy!!! hu3!!

Hebat sangatkah lelaki Lombok?

Jumlah remaja perempuan dari Malaysia yang ‘tunduk kepada kata-kata cinta’ sekali gus mengambil keputusan mengikut teman lelaki ke Pulau Lombok, Indonesia dan terus berada di sana, menjangkau 47 orang.
Demikian pendedahan berdasarkan penyiasatan badan sukarela Migrant CARE yang berpejabat di Malaysia.
Menurut penyiasatan itu, kesemua mereka kini berada di Desa Kabar, Sakra di Lombok Timur, Indonesia sama ada mengikut teman lelaki atau terus bernikah di sana.
Gejala tersebut kini bagaikan satu trend di kalangan remaja perempuan Malaysia dan pemerhatian Migrant CARE mendapati tindakan nekad untuk lari bersama teman lelaki itu diambil gara-gara kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada keluarga.
Wakil pertubuhan itu, Alex Ong berkata, angka tersebut dianggap tinggi kerana penduduk di kawasan berkenaan hanya sekitar 2,000 orang sahaja.
“Hasilnya, kami mendapati seramai 47 remaja perempuan berumur belasan tahun hingga pertengahan dua puluhan yang menetap di sana, malah sesetengahnya sudah berkahwin dan mempunyai anak,” katanya.
Badan itu baru-baru ini berjaya membawa pulang Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 12, dan Nurul Wahida Hamzah, 20, yang dilaporkan tunduk kepada kata-kata cinta, seterusnya mengikut teman lelaki mereka yang berasal dari Pulau Lombok ke pulau itu.
Azreen dilaporkan bernikah dengan Tony Wijaya, 27, selepas dilarikan ke Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, Disember lepas, manakala Nurul Wahida dari Perak dilaporkan lari ke Lombok bersama buruh Indonesia, M. Yusup, 40-an dan bernikah pada 2005.
Difahamkan, perbuatan melarikan anak gadis merupakan perkara biasa kepada lelaki Lombok dan ia dianggap sebagai satu budaya di sana.
Dalam pada itu Alex memberitahu, Migrant CARE kini sedang berusaha untuk membawa pulang dua lagi remaja, masing-masing berasal dari Negeri Sembilan dan Johor untuk pulang ke pangkuan keluarga mereka di Malaysia.
Kedua-dua mereka akan dibawa pulang ekoran terdapat permintaan daripada keluarga mereka setelah terbaca kisah Azreen yang dilaporkan Kosmo! baru-baru ini.
“Kami masih berunding dengan masyarakat di sana, tetapi oleh kerana melarikan anak gadis dari daerah lain untuk dikahwini sudah menjadi tradisi masyarakat di situ, rundingan untuk membawa mereka balik sering berjalan dalam suasana tegang kerana melibatkan hukum adat selain hukum sivil,” katanya.
Dipetik dari Kosmo 10 Mei 2008

Berikut pula hasil liputan saudara Mazidul Akmal Sidik, TV3, dan ditulis di blog beliau bertarikh Selasa 10 November 2009:
ENTRI 01:
Artis, Sasabila Yunan, 15 tahun, disahkan mengandung beberapa minggu selepas dinikahkan imam kampung, Haji Makmur, dengan Hafiz di Kampung Bala Bali, Lombok Tengah, Indonesia.









Berita itu dilaporkan Harian Metro hari ini.





Sasabila atau Bella dilaporkan tidak banyak bercakap dan terkejut sewaktu ditemui wakil Perhimpunan Indonesia Untuk Buruh Migran Berdaulat, Migrant Care, Alex Ong. Pelajar tingkatan 3 Sekolah Menegah Kebangsaan Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur itu pernah berlakon dalam drama Gerak Khas, Renjis, Ke Syurga Cinta dan iklan Ribena.

Sebelum ini 50 gadis Malaysia dilapor dilarikan atau lebih tepat, mengikut lelaki Lombok pulang ke kampung. Sebahagian mereka berjaya dipujuk untuk kembali ke tanah air setelah melalui pengalaman jerih terpaksa membanting tulang melakukan kerja berat untuk menampung kehidupan.

Setakat ini, Bella, gadis kedua negara ini dilaporkan mengandung anak warga Lombok. Kes sebelum ini, anak Nurul Wahida Hamzah, 20 tahun, dengan suaminya M. Yusup, 40 an, sakit dan meninggal dunia akibat kekurangan wang untuk mendapatkan rawatan di Dusun Menceh, Desa Gelanggang, Lombok Timur.

Rupanya, tren mengikut dan berkahwin dengan lelaki Lombok lebih kurang sama dengan kegilaan masyarakat kita menyertai skim cepat kaya biarpun berbeza dari segi bilangannya.

Mereka semua ditabur dengan janji manis menyakinkan. Menyedari tertipu, baharulah menyesal.


ENTRI 02:
Di hujung program 360 minggu lalu saya membuat pengumuman untuk membongkar kisah ‘Lambaian Lombok’ pada 18 November, rabu ini.










Saya tersilap langkah, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono masih berada di Kuala Lumpur waktu itu. Ada pihak bimbang, kenyataan saya mampu menganggu gugat ikatan mesra terjalin di antara dua negara. Namun apa saya perkatakan malam itu, fakta berhubung kenyataan lelaki Lombok ditemubual Penerbit 360, Mohd Raziff, sewaktu kami menyertai operasi di Maran, Pahang, minggu lalu. Perkara saya sentuh bukan rekaan.












Apapun, demi kesejahteraan semua pihak, saya mengambil keputusan menangguhkan penyiaran episod terbabit ke 25 November akan datang.












Menariknya sejak tajuk episod itu diumumkan, hotline saya dihujani pelbagai aduan dan ketidakpuasan hati. Antaranya, aduan dikemukakan warga tempatan kini bimbang berikutan ahli keluarga mereka lari mengikut lelaki Lombok, ketidakpuasan hati dilontarkan warga Lombok di Malaysia, menyatakan tidak semua orang Lombok jahat.












Saya pun tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Ena pelajar cemerlang, dia harapan kami dua beradik kerana ibu ayah sudah meninggal dunia. Kami hairan bagaimana dia boleh terperangkap dengan cinta lelaki Lombok. Dia selalu call, katanya kehidupan di sana susah dan dia hendak pulang,” catat kakak Ena, Fiza menghubungi saya.












Lelaki Lombok, Jelan, menghantar pesanan ringkas berikut kepada saya.












“Fikirkan dahulu sebelum mengikut si dia ke Lombok kerana di sana taraf kehidupan sangat susah. Di kampung saya sudah ada bukti, lima enam orang gadis Malaysia terpaksa melakukan kerja tidak sepatutnya. Saya pernah tanya, “Awak tak ingat keluarga ke?”. Jawabnya, “Saya rindu tetapi nak buat apa lagi, sudah terlanjur”. Mereka sudah tinggal lama di sana dan mampu berbahasa Lombok. Segelintir lelaki dan perempuan Lombok menggunakan jempuk jempak (jampi serapah) untuk memikat,” catatnya.
















Gadis tempatan ‘Ana’ juga sudi berkongsi kejadian getir menimpa dirinya. Dia, 24 tahun, mendakwa pernah berkerja di syarikat ladang kelapa sawit sebagai pembantu kerani selama 2 tahun. Tugas menuntutnya berhubung dengan pekerja asing dari Bangladesh dan Indonesia. Dia kemudian dibawa lari warga Lombok, Ahmad Zaenudin dan dikurung di Kota Tinggi, Johor selama 3 hari tanpa diberi makan dan minum. Mujur dia diselamatkan tekong setelah kehilangannya dilaporkan keluarga kepada pihak polis.












“Itu pengalaman tidak dapat saya lupakan,” catatnya lagi.












Itu juga kisah tidak pernah dipaparkan media Malaysia, setakat ini.












Secara peribadi saya dapat merasakan, episod ‘Lambaian Lombok’ sedikit sebanyak menggoyahkan kedudukan warga Lombok kini menetap di Malaysia. Meraka bimbang, mereka takut dan mereka berasa tergugat berikutan sikap buruk segelintir warga sama.







Apapun, tujuan saya satu, memperingatkan gadis tempatan agar tidak terjebak dengan pujuk rayu lelaki Lombok berlandaskan kisah benar dan fakta. Sebagai wartawan, bukankah membuat pendedahan itu hak saya?

.....................................................................................................................................................................






Mengapa agaknya lelaki Lombok menjadi pilihan gadis Malaysia. Apakah keistemewaan mereka sehingga gadis melayu kita terpikat hingga sanggup meninggalkan keluarga dan kampung halaman semata-mata memenuhi nafsu cinta...

Adakah kerana sebab2 berikut:-

a.) Lelaki lombok lebih kacak dari lelaki Melayu ?

b.) Terkena sihir / buatan ?

c.) Lebih kuat 'kuasa kudanya' ?

d.) Belaian yang lebih romantik ?





e.) Terlebih ayat power?

........................................................................................................................................................................................................................................................................










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "LOmbOk mareyyy!!! hu3!!"

Post a Comment