WELCOME TO MY HOT & COOL PAGES!

THANKS 4 READING..........MUAHHHH3...

TatOo+IslaM

~~adakah tatoo haram di sisi ISLAM??
ikuti sesi persoalan di bawah..


SOALAN::



salam...

Yg Berbahagia Ustaz...

soalan: sy seorang muslim yg mushkil dgn hukum tatoo...

1. sy pernah terbaca di dlm artikel mengatakan tatoo tidak haram selagi tidak bergambarkan haiwan dan manusia....atau makhluk bernyawa.

2. untuk pengetahuan ustaz,sy telah pun membuat tatoo di badan sy (belakang).ia adalah berbentuk potret manusia.

3. sesetengah berpendapat sy wajib tanggalkan tatoo tersebut., ada pula yg mengatakan tidak harus kerana ia sudah pun berlaku,hanya minta pengampunan dari Allah SWT.

4. untuk menanggalkan tatoo itu,ia melibatkan sistem laser yg amat sakit dan kosnya yg mahal.

apakah tindakan yg paling wajar perlu sy lakukan Ustaz?

sekian, Wasalam.....


hamba Allah.....



JAWAPAN::



Tatu ialah tanda pada badan yang dibuat dengan melarik, mencucuk dan memasukkan warna.

Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah bahawa tatu itu ialah mencucukkan jarum atau sebagainya di belakang telapak tangan, pergelangan tangan, bibir atau selainnya di tubu


h badan sehingga darah mengalir. 
Kemudian diisi tempat itu dengan celak atau kapur tohor (kapur hidup) sehingga menjadi hijau.

Tatu pada kebiasaannya dijadikan sebagai perhiasan atau adat atau kerana tujuan keagamaan dengan mengukir gambar-gambar, lambang, nama kumpulan atau sebagainya di tubuh badan.

Melakukan tatu itu dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Ia adalah haram ke atas orang yang minta dibuatkan tatu dan orang yang membuatkan tatu dan ia tergolong dalam dosa-dosa besar. Diriwayatkan daripada
‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu, yang bermaksud :

Maksudnya: “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu, perempuan-perempuan yang meminta dirinya untuk ditatu, perempuan-perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan-perempuan yang mengikir giginya, (semua ini semata-mata) untuk kecantikan iaitu perempuanperempuan yang mengubah ciptaan Allah Ta‘ala. (Setelah itu Ummu Ya‘kub bertanya kepada ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu mengenai apa hadits yang beliau melaknat perkara tersebut, beliau menjawab: “Bagaimana aku tidak melaknat sesiapa yang dilaknat oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sedang ia ada
dalam Kitab Allah. { (Firman Allah Ta‘ala dalam surah al-Hasyr ayat 7 yang tafsirnya): “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada kamu maka terimalah serta amalkan }.”

(Hadits riwayat al-Bukhari)


Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :

Maksudnya: “Bahawanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang yang membuat cemara (orang yang menyambungkan rambut), orang yang minta dicemarakan (orang yang minta disambungkan rambut), orang yang membuat tatu dan orang yang minta dibuatkan tatu.”

(Hadits riwayat Muslim)

::kisAh MAsYARAKat kita::

Hampir Mati toreh Tattoo

SALaH kiTa!!??

ALOR STAR: Akibat tertekan dengan cemuhan segelintir masyarakat Islam kerana memiliki tatu, seorang mualaf mengelar lengan kanannya untuk menghilangkan tatu warisan keluarganya itu lebih lima kali dengan menggunakan pisau cukur, semalam.

Perbuatan Anas Phoon Abdulllah, 30, mengelar lengannya nyaris membawa maut apabila dia kehilangan banyak darah.

Difahamkan, tatu terbabit dimilikinya lebih 10 tahun lalu sebelum dia memeluk Islam.

Apa yang menyedihkan Anas, kehadirannya untuk menghayati ajaran Islam bukan saja kurang disenangi segelintir masyarakat, malah turut disisih keluarganya sendiri.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Anas, seorang peniaga minyak wangi nekad mengelar lengannya di belakang tandas sebuah masjid di Telok Kechai, Kuala Kedah, selepas berputus asa dengan penghinaan masyarakat serta nasib menimpa dirinya.

Menurut rakannya, Mohd Firdaus Razali, 22, Anas pernah beberapa kali mengelar lengannya untuk membuang tatu itu yang menjadi punca tindakan segelintir masyarakat menghinanya.

“Malah, dia sering menangis setiap kali menceritakan pengalamannya kepada saya yang dicerca masyarakat.

“Tidak cukup dengan itu, Anas sedih apabila kembali daripada menziarahi keluarganya di Pulau Pinang sempena Tahun Baru Cina, empat hari lalu. Ini disebabkan dia tidak disenangi anggota keluarganya,” katanya yang mula mengenali Anas sejak setahun lalu.

Mohd Firdaus berkata, tindakan Anas pada malam kejadian menggambarkan kekecewaannya memuncak akibat memendam perasaan sejak sekian lama menanggung masalah menimpa dirinya.

Bagaimanapun, keprihatinan Mohd Firdaus menyelamatkan Anas apabila menyedari dia tidak muncul di gerai mereka seperti biasa.

Katanya, dia menghubungi Anas beberapa kali dan sebaik panggilannya dijawab, rakannya itu memohon maaf seolah-olah sudah melakukan kesilapan besar.

“Dia (Anas) berulang kali mendakwa melakukan kesalahan dalam nada terputus-putus seperti seorang sedang menahan kesakitan. Selepas didesak, Anas kemudian memberitahu saya tempat dia berada sebelum mematikan talian telefon.

“Saya segera bergegas ke sana dan mendapati Anas sudah terkulai layu di belakang tandas masjid itu selain lengan dan pakaiannya dipenuhi darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Chengai, dekat sini, semalam.

Dia segera menghubungi rakan lain sebelum berlari memasuki bilik Anas bagi mendapatkan kain.

Sekembali semula kepada Anas, dia mendapati mangsa seperti nyawa ikan dan mulutnya tidak putus-putus menyebut Allah.

“Saya segera membalut tangannya bagi menghentikan pendarahan itu sebelum rakan lain datang dan mengusung Anas masuk ke bilik,” katanya.

Anas segera dibawa dengan ambulans ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat mengalami pendarahan dan luka serius.

Mohd Firdaus berkata, Anas pernah memberitahunya bahawa tatu pada lengan kanannya itu dibuat ketika dia berumur belasan tahun yang menjadi tradisi keluarganya.

Mangsa memeluk Islam ketika berusia 20 tahun selepas tertarik dengan cara hidup Islam.

Dia hairan simbol tatu itu menjadi isu besar sehingga memberi tekanan kepada kehidupan harian Anas.

“Sepatutnya masyarakat memberi panduan kepadanya yang memilih Islam sebagai jalan hidupnya. Memang ada orang memberi sumbangan kepada Anas yang menerimanya sebagai rakan baru dalam Islam,” katanya.

Menurutnya, pihak pengurusan masjid turut membantu Anas dengan memberi sebuah bilik tidur selepas melihat kesungguhan Anas mendalami cara hidup Islam.

Justeru, dia berharap tiada pihak lagi mencemuh Anas hanya kerana tatu itu, sebaliknya memberi sokongan serta bimbingan untuk menghayati ajaran Islam sebenar.

Pendam 10 tahun

ALOR STAR: “Saya pernah terlintas untuk membunuh diri beberapa tahun lalu kerana tidak tahan dengan cemuhan orang ramai. Apa salah saya?” kata Anas Phoon Abdullah, 30, yang nyaris maut selepas mengelar lengan kanannya bagi membuang tatu menggunakan pisau cukur, kelmarin.

Menurutnya, penghinaan yang sudah dipendam dalam hatinya sejak lebih 10 tahun lalu menyebabkan dia hilang kawalan sehingga sanggup bertindak di luar batasan.

“Tindakan saya sebenarnya di luar kawalan. Apa yang bermain di fikiran saya hanyalah untuk membuang tatu berkenaan tanpa memikirkan langsung kesannya.

“Mana tidaknya, saya pernah dipukul penduduk hanya disebabkan memiliki tatu ini ketika berniaga selain segelintir daripada mereka mendakwa setiap amalan saya sia-sia dan tidak akan diterima Allah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Teluk Chengai, dekat sini, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan mengenai tindakan Anas, seorang mualaf yang nyaris maut selepas bertindak mengelar lengan kanannya itu lebih lima kali menggunakan pisau cukur di Kampung Chengai, dekat sini, akibat tertekan dengan cemuhan dan penghinaan segelintir masyarakat kerana lengannya memiliki tatu.

Difahamkan, tindakan Anas mengelar lengannya untuk menghilangkan tatu warisan keluarganya yang sudah dimilikinya lebih 10 tahun lalu sebelum memeluk Islam.

Apa yang menyedihkan kehadirannya untuk mendekati dan menghayati ajaran Islam sejak 10 tahun bukan saja kurang disenangi segelintir masyarakat, malah dia turut disisih keluarganya sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Anas, seorang peniaga minyak wangi nekad mengelar lengannya selepas berputus asa dengan penghinaan masyarakat serta nasib yang menimpa dirinya.

Menurutnya Anas, ke mana saja di pergi, masyarakat tidak pernah memberi peluang kepadanya untuk mendekati mereka sehingga dia menetap di kampung berkenaan.

“Pihak pengurusan masjid sanggup menyediakan satu bilik khas kepada saya di masjid ini semata-mata untuk mendidik saya. Namun, apa yang dikesalkan kehadiran saya tidak dapat diterima segelintir masyarakat di sini,” katanya yang meluahkan perasaannya selepas dipujuk wartawan Harian Metro untuk menceritakan kejadian sebenar.

Anas berkata, sepanjang tinggal di masjid berkenaan, dia gigih mendalami ajaran Islam dengan tunjuk ajar daripada pihak pengurusan masjid.

“Malah, saya juga diberi tanggungjawab untuk menjaga rumah Allah ini dengan baik selain menjaga kubur serta kebersihan kawasan sekitar.

“Saya cukup menghargai kepercayaan pihak pengurusan kepada saya, namun bagi saya kepercayaan ini saja tidak cukup. Saya berharap masyarakat dapat menerima saya seperti orang Islam lain,” katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana terdapat beberapa rakan dan ahli keluarganya yang sentiasa memberi sokongan moral kepadanya termasuk dalam membimbingnya ke jalan yang benar.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Hamid, ketika dihubungi berkata masyarakat setempat perlu memberi sokongan kepada setiap saudara baru yang mendapat hidayah untuk memeluk Islam dan bukan menghinanya.

Beliau berkata, sebaik memeluk Islam, segala amalan dan perbuatan yang dilakukan sebelum ini terhapus dan diampunkan Allah.

“Amalan yang dilakukan Anas ini diterima Allah dan tatu yang terdapat pada lengannya itu tidak memberi masalah kepadanya untuk mengerjakan setiap amalan diwajibkan kepada setiap umat Islam.

“Masyarakat kena faham tatu haram bagi orang Islam dan dalam kes ini Anas mempunyai tatu sebelum dia memeluk Islam. Jadi tidak menjadi kesalahan kepadanya kerana ia sudah sebati dan melekat dalam daging. Segala dosanya sebelum ini sudah diampunkan Allah,” katanya. 

::Hukum Bertatu::
Melakukan tatu itu dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Ia adalah haram ke atas
orang yang minta dibuatkan tatu dan orang yang membuatkan tatu
dan ia tergolong dalam dosa-dosa besar. 

Diriwayatkan daripada
‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu, katanya:

Maksudnya: “Allah melaknat perempuan-perempuan yang
membuat tatu, perempuan-perempuan yang meminta dirinya untuk
ditatu, perempuan-perempuan yang meminta bulu keningnya
dibuang dan perempuan-perempuan yang mengikir giginya,
(semua ini semata-mata) untuk kecantikan iaitu perempuanperempuan
yang mengubah ciptaan Allah Ta‘ala. (Setelah itu
Ummu Ya‘kub bertanya kepada ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu
mengenai apa hadits yang beliau melaknat perkara tersebut,
beliau menjawab: “Bagaimana aku tidak melaknat sesiapa yang
dilaknat oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sedang ia ada
dalam Kitab Allah. { (Firman Allah Ta‘ala dalam surah al-Hasyr
ayat 7 yang tafsirnya): “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada kamu maka
terimalah serta amalkan }.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)

Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya:
َ
Maksudnya: “Bahawanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam melaknat orang yang membuat cemara (orang yang
menyambungkan rambut), orang yang minta dicemarakan (orang
yang minta disambungkan rambut), orang yang membuat tatu dan
orang yang minta dibuatkan tatu.”
(Hadits riwayat Muslim)

Hadits di atas jelas menunjukkan bahawa perempuan yang bertatu
sama ada orang yang membuat tatu ataupun orang yang minta
dibuatkan tatu semata-mata kerana kecantikan adalah dilaknat oleh
Allah Subahanhu wa Ta‘ala dan RasulNya.

Larangan bertatu itu tidaklah terbatas kepada perempuan sahaja
bahkan kepada lelaki juga. Adapun jika kanak-kanak atau orang
gila dibuatkan tatu kepada mereka, maka orang itu akan
menanggung dosa perbuatannya, sementara kanak-kanak atau
orang gila tersebut tidaklah berdosa disebabkan belum ada taklif
(kewajipan mentaati suruhan dan larangan agama) ke atas mereka.

Tatu Di Tubuh Badan Adakah Wajib Dihilangkan?
Bahawa hukum bertatu itu adalah haram. Namun bagaimana pula
hukum menghilangkan tatu di tubuh badan, adakah ia wajib
ataupun tidak? 
Dalam perkara ini ada beberapa keadaan seperti berikut:-

(i) Orang yang mukallaf (baligh dan berakal) bertatu dengan
kehendak atau kerelaannya. Jika dia dapat menghilangkan tatu
itu dengan perubatan atau dengan cara pembedahan walau
menurut doktor ia mendatangkan mudharat seperti hilang
anggota atau fungsinya atau menyebabkan keadaan anggota
zahirnya buruk dan jelik akan tetapi dia tidak takut akan
mudharat tersebut, maka wajib dia menghilangkan tatu itu.
Adapun jika dia takut akan mudharat tersebut, maka tidaklah
diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu itu dan dia tidak
akan berdosa setelah dia bertaubat.

(ii) Orang yang dipaksa untuk bertatu bukan kehendak atau
kerelaannya adalah tidak diwajibkan dia menghilangkan tatu
di tubuh badannya itu.

(iii) Orang yang belum ada taklif ke atasnya seperti kanak-kanak
dan orang gila. Jika seseorang itu bertatu ketika keadaannya
belum ada taklif maka tidaklah diwajibkan ke atasnya
menghilangkan tatu tersebut.

(iv) Orang kafir yang memeluk agama Islam. Jika dia bertatu
sebelum Islamnya adalah diwajibkan menghilangkan tatu
tersebut, sebagaimana keadaan orang yang mukallaf bahagian
(i) di atas.

JOM tengOOOkk!!

atas:uiksss sakett nyeee!!!


atas:nak muntaH ak tgOk tangan Die :))


atas:die punyer remover machine npk cm vakum hahaha!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "TatOo+IslaM"

  1. ina says:
    December 6, 2009 at 4:13 PM

    bess post ni kan.. :))

Post a Comment