WELCOME TO MY HOT & COOL PAGES!

THANKS 4 READING..........MUAHHHH3...

::sUamI men Kayu 3..4..5..hu3::





Suami main kayu tiga, kenakan syarat melampau
Cerita perkahwinan sering mengingatkan kita kepada kemanisan hidup yang dikongsi antara dua individu bergelar suami dan isteri dalam melayari rumah tangga. Bahkan, perkahwinan juga adalah satu harapan membina kehidupan selain memiliki zuriat sebagai pewaris kedua-duanya.


Jika direnung lebih jauh, bukan sekejap persiapan dilakukan untuk menunggu hari bahagia bergelar raja sehari, duduk bersanding di atas pelamin indah kerana selain membabitkan wang ringgit, masa juga terbabit sama sepanjang persiapan dilakukan.


Namun fitrah kehidupan membuktikan perancangan jitu itu tidak semestinya berlaku mengikut kehendak. Kadangkala rumah tangga yang dibina roboh di tengah jalan akibat kerenah suami atau isteri selain kemunculan orang ketiga yang sudah pasti menjadi racun sebenarnya.


Musfirah Badrulzaman (bukan nama sebenar) sedar akan dirinya yang tidak begitu cantik pada pandangan mereka yang mementingkan kecantikan. Justeru, apabila Zulhairi Zulkifli (bukan nama sebenar) melamar untuk menjadikan beliau suri hidupnya, Musfirah menerima dengan tangan terbuka walaupun menyedari Zulhairi tidak mempunyai pekerjaan tetap.


“Saya tutup sebelah mata apabila memikirkan kedudukan suami yang tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana yakin dengan gaji saya sebagai eksekutif, kami mampu menyara hidup dengan selesa. Tambahan pula kehidupan di kawasan luar bandar tidaklah semahal di kota.


“Selepas mendapat tiga anak, kehidupan kami masih bahagia kerana Zulhairi tahu tanggungjawabnya sebagai suami terhadap anak-anak kami. Dia tidak pernah gagal menghantar dan mengambil anak pergi dan pulang dari sekolah,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.


Memikirkan kehidupan yang semakin rencam, Zulhairi membuka perniagaan kedai runcit dengan modalnya dipinjam daripada Musfirah sendiri kerana tidak selamanya mahu bergantung harap kepada Musfirah walaupun si isteri tidak pernah merungut akan setiap sen yang dimintanya.


Dalam sibuk menguruskan kedai runcit, Zulhairi rupa-rupanya bermain cinta dengan gadis penjaga pusat cuci kereta. Kedai runcit makin terabai kerana kedua-duanya asyik memadu cinta sehinggalah Musfirah dihubungi seseorang untuk memaklumkan kelakuan suaminya yang sudah menjolok mata.


“Saya sudah hilang sabar dan bersemuka. Dia mengenakan syarat jatuh talak jika saya bertemu adik beradik. Tidak cukup dengan syarat itu, saya juga dilarang menemui pembekal barang kedai runcit miliknya sedangkan saya dihubungi individu itu untuk meminta duit hutang Zulhairi.


“Tiada guna saya berbaik sangka lagi kerana sudah ramai yang menyatakannya kepada saya mengenai kerenah suami. Di hadapan dua rakan yang kebetulan bertandang ke rumah saya, Zulhairi mengakui beliau sudah bernikah dengan gadis penjaga pusat cuci kereta selain mengatakan saya nusyuz akibat mengingkari perintahnya,” katanya.


Musfirah mengakui beliau sudah banyak memberi peluang kepada Zuhairi, tetapi madu yang diberi tuba yang dibalas dan tiada gunanya beliau menunggu lebih lama kerana anak-anak juga memahami keadaan mereka yang sudah tidak sehaluan.


“Mahkamah baru saja mengesahkan perceraian kami, tapi apabila keluar dari mahkamah saja, dia membebel mengatakan tidak pernah menceraikan saya dengan jumlah talak sedemikian. Dia seperti tidak tahu langsung mengenai hukum agama dan perkahwinan.


“Selama ini dia juga yang menyebut jatuh talak sekiranya saya menemui adik beradik dan tauke yang membekalkan barang untuk kedai runcit dia. Saya berharap pertemuan kami di mahkamah nanti akan lebih memberi fahaman kepada dia mengenai hukum perkahwinan,” katanya.


Sebagai wanita yang berasa dirinya dianiaya dan ditipu suami, Musfirah berazam menuntut haknya tanpa meninggalkan satu pun tuntutan yang boleh dibuat seperti nafkah zahir yang selama ini diabaikan Zulhairi selain memastikan suaminya itu tidak akan berpeluang menuntut harta sepencarian mereka.


“Saya tidak akan berdiam diri membiarkan dia bersenang-lenang dengan isteri barunya selepas saya berhempas pulas menyara hidup kami dengan dia berfoya-foya di luar sana.“Saya tahu dia akan menuntut banyak perkara terutama harta sepencarian, tapi tidak mudah untuk saya menyerah kalah kerana kebanyakan harta yang ada ini adalah hasil duit saya. Malah saya tidak sabar memulakan hidup dengan anak-anak tanpa dia kerana selama inipun kami sudah pernah menjalani kehidupan susah tanpa dia,” katanya.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "::sUamI men Kayu 3..4..5..hu3::"

Post a Comment