WELCOME TO MY HOT & COOL PAGES!

THANKS 4 READING..........MUAHHHH3...

tiada RESTU parents!!


Rumah Tangga Retak Kerana Tiada Restu

PERKENALAN NAZRI DAN LEEYA (BUKAN NAMA SEBENAR) 
BERMULA KETIKA KEDUANYA SAMA-SAMA BEKERJA DI SEBUAH KILANG ELEKTRONIK DI LEMBAH KLANG. HUBUNGAN CINTA TERJALIN MEMBUATKAN KEDUA-DUANYA SEPAKAT UNTUK MENDIRIKAN RUMAH TANGGA. SUNGGUHPUN DEMIKIAN, LEEYA BUKANLAH MENANTU PILIHAN IBU NAZRI.


Sejak hari pertama bergelar isteri kepada Nazri, Leeya telah menghadapi pelbagai rintangan dalam perhubungan antara dirinya dan mentua. Keadaan itu disedari oleh Nazri namun sebagai anak sulung Nazri sendiri berada dalam dilema. Antara kasihkan isteri dan sayangkan ibu sendiri. Ibarat diluah mati mak, ditelan mati bapa. Nazri sedar setiap kali dia membawa isterinya ke kampung, ibunya sekadar acuh tak acuh bila berbicara dengan Leeya. Jauh berbeza layanannya terhadap dua orang menantunya yang lain. Jika mereka pulang ke rumah, ibunya sanggup menyediakan juadah yang enak-enak untuk mereka. Tetapi jika Leeya yang dibawanya pulang jangankan hendak membuatkan juadah enak, bertanya khabar pun belum tentu lagi.


Keadaan itu berlanjutan setelah beberapa tahun Nazri dan Leeya berumah tangga. Ibunya hanya akan bertanya perkara yang benar-benar mustahak sahaja. Mujurlah ada nenek Nazri yang masih sihat. Dialah yang menyayangi Leeya bagaikan anaknya sendiri. Hubungan yang tidak direstui itu rupanya membawa mudarat dalam sesebuah perhubungan. Begitulah yang dihadapi dalam perkahwinan Nazri dan Leeya. Setiap kali pulang ke kampung, pasti ibunya cuba menghasut Nazri agar melupakan Leeya. Tetapi bagaimana dia mahu melupakan wanita yang telah melahirkan hampir lima orang anaknya yang comel-comel belaka. Setiap kali dihasut sebegitu, Nazri pasrah. Selalunya dia akan berada dalam keadaan tertekan. Lama kelamaan Nazri akhirnya termakan juga kata-kata ibunya. Setelah lima orang anak diberikan kepada Nazri, suaminya itu mulai lupa akan kasih sayang yang dicurahkan. Nazri lupa yang Leeya juga wanita yang mempunyai emosi ingin dibelai dan disayangi.




Kasih beralih arah



Tekanan daripada keluarga membuatkan Nazri banyak berubah. Perubahan itu juga disedari oleh isterinya Leeya. Nazri sering marah dan hilang kawalan diri. Pernah sekali dia mengamuk dan menghentak isterinya dengan topi keledar semata-mata kerana Leeya lupa meletakkan sarung kaki kegemarannya di tempat yang biasa. Sebaik sahaja tersedar dengan perbuatan di luar kawalan diri, segera Nazri memohon maaf kepada isterinya. Mujurlah Leeya wanita yang sabar.


Biarpun ada panas dingin namun perkahwinan mereka tetap mencecah usia 10 tahun. Tapi selepas itu rumah tangga mereka semakin tergugat apabila Nazri mula beralih arah. Hasutan demi hasutan yang menerjah halwa telinganya, lama-kelamaan membuatkan kasih Nazri terhadap Leeya semakin menjauh. Nazri cuba melupakan konflik rumah tangga yang melanda dengan mencari wanita lain. Awalnya Nazri sekadar berkongsi cerita dengan wanita itu. Lama-kelamaan, perasaan cinta terbit. Semakin hari sayangnya semakin dalam. Leeya mula dilupakan dan kasihnya benar-benar telah beralih arah. Perubahan sikap Nazri bukan sahaja disedari oleh Leeya, malah anak-anak juga perasan yang bapanya tidak lagi berkelakuan seperti selalu.


Nazri mula tidak pulang ke rumah berhari-hari. Katanya ada tugasan luar daerah tetapi bila diselidik pekerjaan itu tidak wujud pun sebenarnya. Nazri hanya mereka-reka cerita. Nazri sedar hanya itu sahaja caranya untuk dia menutup mulut Leeya. Apabila pulang wajah Nazri sentiasa dalam senyuman. Tetapi dia tidak boleh melekat lama di rumah. Jika rasa bosan melanda ada saja perkara yang akan menjadi punca pertelingkahan antaranya dan Leeya. Pasti ada pinggan mangkuk yang melayang. Selalunya yang jadi mangsa isteri dan anak-anaknya itu. Nazri sedar perubahan itu membuatkan isterinya kecewa. Suatu hari sebaik sahaja pulang dari tempat kerja isterinya menyerahkan satu borang yang menyebabkan dirinya tersentak. Leeya memohon cerai daripadanya.


Kata isterinya itu dia tidak dapat lagi bertahan lagi dengan sikap Nazri yang selalu menyakiti dan juga kini menduakan dirinya. Permintaan Leeya membuatkan Nazri dalam dilema. Apakah dia patut melepaskan Leeya atau membiarkan sahaja permintaannya itu. Selepas hampir sebulan berfikir panjang, akhirnya kata putus dicapai. Nazri melafazkan talak satu tanda perpisahan dan pengakhiran sebuah perhubungan. Hajat di hati Nazri selepas itu dia ingin memulakan hidup baru bersama teman wanita yang dicintai tapi semuanya hampa. Pilihan hatinya yang kedua ini juga ternyata tidak mendapat restu dari ibunya. Sehingga kini dia masih hidup sendiri dan sesekali timbul penyesalan dalam diri melepaskan Leeya pergi.

P/S::haaa..so bagi diowang yg nk kawen make sure kowang sume dptkan restuu taw..penting!!die boley pgaruh keberkatan dalam idop kiter kalo x de restuu..mcm citer kat ats ni..umahtgga jd kucar kacir d'buatnye..Hmm..bagi diowg yg dah pon bkahwen tp tnpa restu parent kowang..g laa jumpe diowg n suh diowg bukak hati terima sedanay..parent pon 1,terima jela pilihan anak..bukn kowg nk kawen pon.anak kowang.bukan ke sepatutnya parent ptt gembire bile tgok anak sendiri gembire..???ishhh3..:))



agak2 budak 'baik' cam Moy ni d'terima x mak mertua??
hahhaaa..
sye ni punyeee laa sopan daknye..rugiii la kalo aunty tolak sy taw!!ahakss!!
( bermonolog sendiriann..)
Moy x suke mak mertua yg mulut mucukk he3..
tu pasal tutup idong tuh..
get ready 1st!!
ekekee..
gurau jew :P
mak mertua moy bekk taw!! :P
( time bile lak aku de mak mertua ney????)::monolog sendirian lg..he3


MOY YANG SUKE BERANGAN N MONOLOG SENDIRIAN..!!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "tiada RESTU parents!!"

Post a Comment