::Hukum Bertatu::
Melakukan tatu itu dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Ia adalah haram ke atas
orang yang minta dibuatkan tatu dan orang yang membuatkan tatu
dan ia tergolong dalam dosa-dosa besar.
Diriwayatkan daripada
‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu, katanya:
Maksudnya: “Allah melaknat perempuan-perempuan yang
membuat tatu, perempuan-perempuan yang meminta dirinya untuk
ditatu, perempuan-perempuan yang meminta bulu keningnya
dibuang dan perempuan-perempuan yang mengikir giginya,
(semua ini semata-mata) untuk kecantikan iaitu perempuanperempuan
yang mengubah ciptaan Allah Ta‘ala. (Setelah itu
Ummu Ya‘kub bertanya kepada ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu
mengenai apa hadits yang beliau melaknat perkara tersebut,
beliau menjawab: “Bagaimana aku tidak melaknat sesiapa yang
dilaknat oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sedang ia ada
dalam Kitab Allah. { (Firman Allah Ta‘ala dalam surah al-Hasyr
ayat 7 yang tafsirnya): “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada kamu maka
terimalah serta amalkan }.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)
Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya:
َ
Maksudnya: “Bahawanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam melaknat orang yang membuat cemara (orang yang
menyambungkan rambut), orang yang minta dicemarakan (orang
yang minta disambungkan rambut), orang yang membuat tatu dan
orang yang minta dibuatkan tatu.”
(Hadits riwayat Muslim)
Hadits di atas jelas menunjukkan bahawa perempuan yang bertatu
sama ada orang yang membuat tatu ataupun orang yang minta
dibuatkan tatu semata-mata kerana kecantikan adalah dilaknat oleh
Allah Subahanhu wa Ta‘ala dan RasulNya.
Larangan bertatu itu tidaklah terbatas kepada perempuan sahaja
bahkan kepada lelaki juga. Adapun jika kanak-kanak atau orang
gila dibuatkan tatu kepada mereka, maka orang itu akan
menanggung dosa perbuatannya, sementara kanak-kanak atau
orang gila tersebut tidaklah berdosa disebabkan belum ada taklif
(kewajipan mentaati suruhan dan larangan agama) ke atas mereka.
Tatu Di Tubuh Badan Adakah Wajib Dihilangkan?
Bahawa hukum bertatu itu adalah haram. Namun bagaimana pula
hukum menghilangkan tatu di tubuh badan, adakah ia wajib
ataupun tidak?
Dalam perkara ini ada beberapa keadaan seperti berikut:-
(i) Orang yang mukallaf (baligh dan berakal) bertatu dengan
kehendak atau kerelaannya. Jika dia dapat menghilangkan tatu
itu dengan perubatan atau dengan cara pembedahan walau
menurut doktor ia mendatangkan mudharat seperti hilang
anggota atau fungsinya atau menyebabkan keadaan anggota
zahirnya buruk dan jelik akan tetapi dia tidak takut akan
mudharat tersebut, maka wajib dia menghilangkan tatu itu.
Adapun jika dia takut akan mudharat tersebut, maka tidaklah
diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu itu dan dia tidak
akan berdosa setelah dia bertaubat.
(ii) Orang yang dipaksa untuk bertatu bukan kehendak atau
kerelaannya adalah tidak diwajibkan dia menghilangkan tatu
di tubuh badannya itu.
(iii) Orang yang belum ada taklif ke atasnya seperti kanak-kanak
dan orang gila. Jika seseorang itu bertatu ketika keadaannya
belum ada taklif maka tidaklah diwajibkan ke atasnya
menghilangkan tatu tersebut.
(iv) Orang kafir yang memeluk agama Islam. Jika dia bertatu
sebelum Islamnya adalah diwajibkan menghilangkan tatu
tersebut, sebagaimana keadaan orang yang mukallaf bahagian
(i) di atas.