Isu Khas
Angkara Cemburu
Hubungan Berantakan, Nyawa Terancam!
KES 1: KLANG, 2 DIS. – KISAH SEDIH YANG MENIMPA SEORANG BAYI PEREMPUAN BERUSIA EMPAT BULAN INI TIDAK UBAH SEPERTI PERIBAHASA MELAYU, ‘DUA EKOR GAJAH BERJUANG, KANCIL MATI TERSEPIT DI TENGAH’. DISEBABKAN PERGADUHAN MEMBABITKAN IBU BAPANYA YANG DIPERCAYAI BERPUNCA DARIPADA FAKTOR CEMBURU, BAYI MALANG BERUSIA EMPAT BULAN MANGSA APABILA DIA DIPUKUL SEHINGGA CEDERA DI MATA, BADAN DAN MUKA. KEJADIAN YANG BERKAKU DI FLAT SRI ANGKASA, TAMAN BAYU PERDANA, PANDAMARAN DI SINI HARI INI BERAKHIR DENGAN KEMATIAN BAYI PEREMPUAN TERSEBUT.
Kes 2: Ampang Jaya, 13 Nov. - Hanya kerana dikatakan cemburu terhadap teman wanitanya, seorang lelaki bersenjatakan sepucuk pistol mengamuk serta melepaskan tiga das tembakan ke arah dinding dan siling sebuah salun. Lebih mencemaskan, suspek turut menahan teman wanitanya itu sebagai tebusan selama lima minit di salun kecantikan milik wanita itu. Insiden kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu bagaimanapun berakhir tanpa sebarang kejadian tidak diingini apabila suspek berusia 23 tahun menyerah diri kepada polis.
Kes 3: Kuala Lumpur, 7 Okt. – Akibat cemburu buta, seorang penghantar makanan segera sanggup menikam perut teman wanitanya dengan sebilah keris. Norazmil Kamarzuman, 26, bukan sahaja menikam Mastura Omar, 30, malah sebelum itu didakwa menampar, menendang dan menumbuk muka mangsa selepas mereka bertengkar. Pertengkaran berlaku selepas lelaki itu mengesyaki teman wanitanya yang tidak bekerja mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
Kes 4: Kuantan, 7 Okt. - Seorang lelaki yang dipercayai cemburu terhadap bekas teman wanitanya yang sudah memiliki teman baru bertindak menyerang dan menikam pasangan itu di sebuah hotel. Lelaki yang berusia 26 tahun itu tidak dapat menerima hakikat bahawa bekas teman wanitanya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain lalu bertindak sedemikian.
Berikut adalah antara kejadian yang berlaku impak daripada permainan emosi seperti yang dipaparkan di dada akhbar. Isu cemburu berlaku di antara suami isteri, pasangan kekasih, malahan anak-anak kecil sendiri sudah mempunyai sikap sedemikian ekoran kasih sayang yang dibahagikan ibu bapa. Cemburu yang tidak dapat dibendung boleh mencetuskan persengketaan kepada suami isteri. Walaupun ada yang menganggapnya sebagai satu isu remeh, memandangkan setiap pasangan itu harus mempunyai perasaan cemburu bagi menandakan kasih sayang, ironinya cemburu membawa kepada musibah jika dibiarkan berlanjutan. Bagaimana setiap daripada kita mampu mengendali, mengelola cemburu di dalam diri? Ikuti apa pandangan pakar psikologi dan juga orang ramai mengenainya.
Cemburu perlu diurus dengan baik!!
Menurut Profesor Dr Suradi Salim, Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya sebagai manusia, kita mahu memperoleh yang terbaik. Ini menyebabkan wujud perasaan tamak dan mahukan segala-galanya. Jika tidak memperoleh sesuatu seperti yang didapati oleh orang lain, perasaan cemburu akan mudah timbul.
“Cemburu juga adalah perasaan semula jadi dan nafsu manusia itu sendiri adalah untuk mendapatkan segala-galanya. Jika tidak, ia menyebabkan rasa terkilan. Sedangkan sebagai manusia, kita tidak boleh mengikut kata diri sendiri kerana kita hidup bersama dengan orang lain dan dikelilingi masyarakat yang mana setiap perkara itu perlu dikongsi bersama. “Walaupun ada mengatakan cemburu itu tandanya sayang, ia sebenarnya bergantung kepada bagaimana cara kita melihat perhubungan diri dengan orang yang berada di sekitar. Ada di antaranya berpendapat, isteri atau pasangan dan ahli keluarga adalah hak mutlak seseorang. Oleh itu, adalah wajar jika kita berasa cemburu apabila insan yang disayangi ini berurusan berlebih-lebihan dan mementingkan orang lain berbanding anda. Jika tidak cemburu, dibimbangi mereka akan bebas bertindak.
“Terdapat beberapa kategori cemburu, mengikut kepada tahap kurang serius kepada yang serius, begitu juga dengan kesannya kepada diri dan orang sekeliling, adakah tindakan tersebut membawa kepada akibat yang rasional atau tidak. Dari situ juga kita boleh menilai sama ada cemburu yang ada itu mendatangkan masalah atau tidak “Pada pendapat saya, dalam diri kita harus ada cemburu tetapi penting sekali ia tidak di luar batasan. Malah ada kalanya, cemburu keterlaluan ini menyebabkan manusia menjadi tidak waras. Perasaan cemburu yang tidak terkawal sering kali membawa kepada perlakuan di luar batas kemanusiaan antaranya bertindak memukul, mendera dan membunuh jika hilang pertimbangan.
mOY::alaa...cemburu tandanye sayang tol x?Hmm..Moy pown kuat cemburu gaks kot..Heee..ala bese latuh..pompuan kan..tapi rs2 cemburu laki lg kuat dr pompuan kot???Haaahaha...opsss jgn mara taw laki2 di lua sana..Ngeee :D
P/s:cemburu yang positif kdg2 leh mbawa kiter ke araah positif taw!!for exmple..emm mcm kowang cemburu tengok mber2 bjaya or dpt pointer tggi..so kowang nk jd mcm die,kowang pown study rajin giler2..siang mlm smp x nk mkn.xnk tido..xnk kua bilik dahhh ( melampau bebenorr..hu3..)..tp jgn rajin giler saje2..tgok2 hasilnye cm bese jer..tu lagi laa melampau!!!hahaha..
0 Response to "Isu Khas"
Post a Comment